Wednesday, September 4, 2013

Open House MPSJ & JPM

Bagi yang xtau, MPSJ tu bermaksud Majlis Perbandaran Subang Jaya, dan JPM tu bukan Jabatan Perdana Menteri, tetapi nama jabatan aku iaitu Jabatan Pembangunan Masyarakat. Kali ni aku nak combine skali citer pasal open house...
 

Sebenarnya bukan open house ni tariknya sama, tapi aku saja nak citer skali lalu. Seperti tahun2 yg sebelum ni, open house MPSJ dibuat di tempat letak kereta kakitangan. Makanan, suasana sumenya sama je. Yang beza kali ni cuma persembahan diselang-seli dengan student praktikal dari UiTM. So, konsep lelagu yang dipilih ada skit berbeza la.
 
Sebelum ni, MC majlis adalah Azlee Senario, tp kali ni adalah artis dibawah naungan Noraniza Idris Production. Kira ok la gak. Apa2 pun, semuanya berjalan dengan lancar, cuaca pun xpanas masa tu. Lagi satu, kali pertama la kot ada proses pembakaran mercun dilakukan. Hahahaha... Saja kasi gempak skit kali ni.
 

 
Berpindah kepada open house jabatan aku plak. Bertempat di Kompleks 3C, Bandar Sunway, kali pertama disambut dengan jumlah staf yang ramai disebabkan penggabungan 6 bahagian skali dalam satu jabatan. Kalo sebelum ni hanya 2 bahagian je, so korang leh imagine sendiri la ramainya kan. Makanan kali ni x berapa nak raya sangat, setakat lemang ketupat ngan rendang tu biasa la, memang wajib ada. Tapi kali ni siap ada durian, rambutan, langsat, manggis, sate, kambing golek, cendol dan macam2 lagi.
 
 
 
 
Pastu siap ada 4 biji kek, sebab buat skali sambutan hari jadi staf dari bulan 7 sampai 9. Tambah lagi dengan sambutan kelahiran bayi untuk beberapa staf. Persembahan tu wajib, memandangkan Bahagian Kebudayaan dan Pelancongan dalam jabatan yang sama. Minus one? Pe barang, x main la.. Kami mesti nyanyi dengan live band. Baru feel tu lebih. Hahahaha... Dan buat pertama kalinya, aku dipaksa menyanyi sebagai wakil bahagian. First time jugak aku menyanyi tanpa bayaran, kalo x no payment, no talk...








 Hahahaha... Nampak x kepoyoan aku di situ. Bebajet retis gelemor letteww... Bhahaha... Biar la, bukan kena bayar pun nak perasan bagai. Ehem, ok. Kembali serius. Begitulah citer aku kali ni. Tahun ni gak tahun paling x banyak dapat undangan open house. Sedih sungguh. Nampak sangat aku dah x sefemes dulu. Eh? Pape pun, raya kali ni aku x berapa nak meriah sangat... Sebabnya mls nak citer. Sape yg tau, tau la... Yg xtau tu, nasib la... K la, cukup entri kali ni... Aku tepekkan gmbr aku utk tatapan pengubat rindu korang semua k... :p  Adios...!!!
 
 
 

2 comments:

Anonymous said...

blogwalking ~~~. Mohon follow sini :))
http://snapanyway.blogspot.com/

Anonymous said...

wahhh...ensemnye abg ayie kita ni..
papehal pon sape pakai iphone dia gila glemer kan abg ayie?
-budakbotaklibrary