Berada di tengah-tengah, mungkin satu keadaan yang sangat mengelirukan. Sesiapapun pasti tak mahu mengalami keadaan seperti itu. Membuatkan diri kita dalam dilema dan menyukarkan kita untuk membuat keputusan.
Mesti korang tertanya-tanya, apa yang aku cuba untuk sampaikan kali ni. Bukan apa sangat, cuma nak berkongsi skit situasi diri aku sekarang ini. Aku masih tertanya-tanya tentang status keinginan dan kemahuan aku. Kadang-kadang tu aku selalu gak dapat pelbagai hint, tetapi masih tak dapat memahami maksud yang tersirat.
Nak kata aku bebal? Lembab? Katalah apa pun yang korang nak luahkan terhadap aku. Memang aku akui yang aku agak bebal dan lembab dalam situasi yang aku alami sekarang ni. Bagaimanapun aku masih cuba untuk mencari jawapan dan jalan keluar dari situasi yang sangat memeningkan kepala aku sekarang ni.
Aduh! Jujurnya, aku pun masih blur untuk menaip entri kali ni. Aku pun xtau setiap bait perkataan yang aku carutkan kali ni korang boleh faham atau tak. Lantaklah... Baru tadi aku dapat satu khabar yang sangat mengejutkan aku dan yang selama ini aku langsung tak inginkan ianya terjadi. Makin bertambah keliru aku dibuatnya.
Walaupun dalam keadaan yang keliru dan blur, aku cuma tahu satu benda je. Setiap kekeliruan atau permasalahan pasti ada jalan keluar dan penyelesaiannya. Betul kan? Jadi, aku perlu positifkan minda dan diri aku, dan cuba untuk berfikir secara rasional berlandaskan ajaran agama yang telah diterapkan dalam diri aku sejak lahir lagi. Moga-moga semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik sekali. InsyaAllah, amin... Adios!!!
4 comments:
moga berjumpa jalan keluar dari kekeliruan.. ;)
tu la.. tq :)
mmg blur cite awk ni..but i like ur style n the way u wrote this entry..buat pilihan yg bijak then istiqomah..
make a good decision n then istiqomah.. :)
Post a Comment