Tuesday, May 7, 2013

Pernahkah Kita Terfikir...?

Seperti yg semua dah sedia maklum, PRU ke-13 dah pun tamat. Tapi perang politik dilihat masih terus berleluasa di laman2 sosial, blog, dan juga media massa. Benda dah lepas pun, undian telah pun dikira, keputusan dah pun dicapai, pe lagi yang korang nak bahaskan?

Aku pun x paham dengan segelintir pihak yang x boleh nak terima keputusan yang telah dibuat. Bagi aku la, benda2 ni sebenarnya x patut timbul. Dah adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalo semua nak menang, mcm mne nk dapatkan pemimpin?

Memang kalo nak diikutkan, sape yg nak kalah, ye x? Tapi apa boleh buat. Nilai balik dalam diri kita sendiri, kenapa kalah? Mesti ada sesuatu yang kurang berbanding pihak lawan. Satu lagi yang aku pelik dekat kebanyakan rakyat kat Malaysia ni, mereka lebih mementingkan populariti atau ketaksuban terhadap sesuatu parti, menyebabkan mereka sanggup menutup mata dan hati dengan memilih calon yang sepatutnya lebih layak untuk digelar sebagai pemimpin.


Bagi aku, parti bukan sesuatu yang penting dalam pertandingan, tetapi calon itu sendiri. Aku x kisah dari parti mana yang menang, selagi calon yang dipilih itu mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dan melaksanakan tugasnya dengan adil dan saksama. Come on Malaysian!!! Buka mata!!! Jangan gadaikan tanah sendiri demi kepentingan yang x memberi faedah.

Sekarang ni timbul plak isu racism. Aiyaa... Apa ini?? Kenapa perlu salahkan bangsa lain kalo bangsa sendiri kalah? Dah kita sesama bangsa sendiri pun bergaduh, mcm mne nak menang? Aku rasa, TUHAN yang kita sembah adalah sama, NABI yang kita sanjung adalah sama, KITAB yang kita junjung adalah sama, KIBLAT yang kita sujud pun adalah sama, tapi kenapa berpecah??


Sepatutnya kita muhasabah diri kita sendiri, tgk mana silapnya kita. Jangan asyik menunding orang lain, tanpa kita sedari yang 4 jari lagi berbalik kepada kita sendiri. Allah x mengajar hamba-Nya untuk berpecah belah. Perbezaan pendapat adalah perlu untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dengan bermesyuarat, bukannya untuk kita saling berbalah sesama sendiri.

Jangan salahkan bangsa lain yang men'gelak'kan kita akibat perpecahan yang terjadi. Salahkan diri sendiri yang x mampu untuk perbaiki perhubungan sesama kita. Betul lah dunia sangat2 menghampiri penghujungnya. Kitab kurniaan-Nya tidak lagi digunakan sebagai rujukan. Kebanyakannya hanya digunakan untuk menjatuhkan hukum kepada orang lain tanpa menyedari diri sendiri yang kerap melakukan kesilapan.

Nasihat aku, marilah kita sama2 lupakan sementara semua perkara yang melekakan ini. Baliklah kepada jalan Allah, dan sama2 berdoa agar ditetapkan hati di jalan-Nya, perkuatkan ukhuwah sesama sendiri, perbaiki kelemahan dan amalan diri, dikurniakan negara yang sentiasa aman di bawah pemerintah yang menjaga kebajikan agama, negara dan bangsa kita... Adios!!!


p/s: lupakah kita bahawa syaitan sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan umat Muhammad s.a.w.?

4 comments:

AmyZana said...

Lagi satu sepatutnya lepas PRU harituh semuanya patut dah selesai. Tapi macam melarat-larat sampai ke harinih pergaduhannya.

[k]o{q}i[n] said...

@AmyZana : Tu la pasal, ntah pe lagi la yang diorang x puas hati...

Unknown said...

yang dah lepas biar aje la...tak payah di ungkit..
kita fokuskan apa yang nak dibuat kerajaan sekarang
harap2 tak membebankan rakyat!
Aku nak tunggu harga kereta turun!

[k]o{q}i[n] said...

Bagi aku, turunkan skit je harga kete, jgn bebanyak. Sebabnya, skang ni jln dh sesak sgt ngn kete. Sebab tu kerajaan ngah bykkan pembangunan dlm kenderaan awam mcm tren. Dlm mse yg sama leh jge bumi kita dari asap kenderaan.. :)