Pernah x korang rasa konflik dalaman? Rasa xtau macam mne nak buat sesuatu keputusan bila berdepan dengan sesuatu situasi, lebih2 lagi bila melibatkan diri kita dengan orang yang terdekat dengan kita...
Memang agak susah nak putuskan sesuatu keputusan bila melibatkan orang yang kita rasakan rapat dengan diri kita, walaupun ianya melibatkan masa depan kita. Kalau kita kata IYA, nanti orang tu akan terluka. Tapi kalau kita katakan TIDAK, kita pulak yang akan terluka. Jadi macam mne?
Mungkin bagi sesetengah pihak akan menyuruh kita agar memikirkan tentang diri kita sendiri dahulu berbanding orang lain. Sebabnya, jika kita dapat puaskan kehendak diri, barulah kita mampu untuk puaskan hati orang lain. Benar! Tapi konflik macam ni memang biasa berlaku walaupun kita dah tau pasal benda tu. Aku akan cuba selagi aku mampu untuk mendapatkan keputusan win win situation. Barulah aku rasa aku puas hati walaupun aku tau susah sebenarnye nk dpt keputusan tu dengan situasi yang berlaku sekarang ni. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri, tp aku xtau kenapa aku kena bersaing dengan dia.
Actually aku pun baru je tahu yang aku kena bersaing dengan dia untuk dapatkan seseorang ni yakni seorang gadis la. Aku ngn si gadis ni xde la baru sangat kenal. Mula2 tu sje la kacau2 dia, tp macam2 akhir2 ni terminat plak. Jadi aku pun mula nak kenal dia dgn lebih serius. Alih2 aku dpt tau dari si gadis tu yang orang yang aku anggap adik ni pun minat kat dia. Tapi si gadis ni cakap kt aku yang dia langsung x minat kat adik aku ni.
Jadi skang ni, aku sebenarnya xtau nak wat macam mne. Memang skang ni aku ngah mencari calon untuk menemani hidup aku sepanjang hayat. Jadi, korang rasa apa yang perlu aku buat, memandangkan si gadis memberi respon yang positif setakat ni. Kalau aku teruskan, adik aku tu macam mne? Aku xnk la pasal benda2 macam ni, nanti kitorang akan masam2 muka. Aku cuba sentiasa berfikiran positif, tapi aku takut adik aku tu x boleh buat benda yang sama. Korang rasa apa yang korang akan buat kalo korang dalam situasi aku sekarang ni? Need your responds... Adios!!!
2 comments:
erk.....
Wah... xpa, hg kan hensem. ramai yg nak..
Post a Comment