Monday, October 29, 2012

Sayang Bukan Bereti Memiliki

Kalo bercakap pasal sayang, dah tentu kita cakap pasal hati dan perasaan. Tapi jangan kita lupa, sayang juga adakalanya hanya luahan dibibir, langsung x lahir dari hati. Tafsiran sayang itu boleh diungkapkan dalam berbagai cara, betul x?


Kali ni, aku saje nk sembang pasal hati dan perasaan. Memang sume org boleh cakap, "Saya sayang awak"... Tapi, tau x apa maksud sayang? Dan betul ke kita sayang org tu? Benda2 ni yg kadang2 kebanyakan orang terlepas pandang. Memang nampak remeh, tp sebenarnya ia memberi maksud yang mendalam.


'SAYANG' DARI HATI
Jika kita sayang sesiapa pun dari hati, walaupun tanpa ungkapan benda tu kita atau sesiapa pun boleh nampak. Tak perlu ucapkan, ianya akan terzahir melalui perbuatan. Sayang juga bukan bermaksud kita perlu peluk cium orang, tapi menjaga hati dan perasaannya, mengingatkan jika terlupa, menasihatkan jika terlanjur, berada disisinya jika memerlukan, samada jika gembira mahupun sedih.

'SAYANG' DARI BIBIR SEMATA
Ungkapan atau omongan kosong yg diungkapkan demi memenuhi kehendak sendiri. Ya...!!! Ini bagi aku satu perbuatan yang kejam. Memainkan perasaan org lain. Sentiasa mahukan apa yg diinginkan tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Ini bukannya sayang, tapi PENTINGKAN DIRI SENDIRI.


Sayang bukannya bererti kita memiliki seseorang tu. Jangan terlalu ikutkan kehendak dan kemahuan kita sehingga menyusahkan dan menyakitkan orang lain. Melepaskannya demi kebahagiaannya sekiranya itu yang terbaik buatnya, bukan bermakna kita kalah, tetapi itulah tandanya kita sayang kepadanya. Cukuplah senyuman terukir dan kebahagiaannya terserlah, itu sudah cukup untuk membuatkan hati kita lega...

p/s: sayangilah DIA melebihi segalanya kerana itulah yang hakiki... :)


2 comments:

Prince of Noob said...

betul tu ana setuju... doen follow u - Noob

mr.syazwan said...

" sayang menyayang,
saling percaya,
punca kasih berpanjangan wooooo"

=_=