Tuesday, August 28, 2012

K-Pop? Maaf, Aku Tak Minat...

Fenomena K-Pop rasanye skang ni makin menular kat Malaysia ni. Nape eik? Best sangat ke lagu2 diorang tu? Tau ke pe maksudnye? Paham ke lirik2 lagu diorang tu? Trendy sangat ke fesyen yang diorang pakai tu? Aku sedikit hairan la, tapi xde la pelik sangat ngan fenomena ni...


Ya... Jujurnya aku x minat dengan K-Pop ni. Tapi xde la sampai benci. Aku paham, lain orang, lain citarasa. Tapi bagi aku, biarlah aku layan je lagu2 buatan Malaysia ni. Big Bang, T-Ara, Wonder Girls, Super Junior, Beast dan ntah berapa banyak lagi, aku pun xtau.

Kadang2 tu, aku terpikir gak, napa eik ramai yang minat dengan K-Pop ni? Genre muzik pop kat Malaysia ni x cukup bagus ke untuk diminati? Tapi, tu hanya lah pendapat aku. Aku x salahkan kemasukan muzik ni ke negara kita ni. Barulah nampak meriah dan pelbagai. At least, pemuzik2 kat Malaysia boleh dapatkan sumber inspirasi untuk menghasilkan gubahan muzik yang baru dan unik.


Kat Malaysia ni pun, ada gak beberapa group yang dikatakan ditubuhkan bersempena dengan kemasukan artis2 K-Pop ni. Contohnya, V.I.P, Megaboys, Max dan lain2... X salah nak tiru, sebab inilah muzik. Pusing2, situ gak. Mcm mne kita perah otak gubah muzik pun, mesti ada tersama dengan mana2 bahagian muzik dari artis2 lain. Kenapa? Sebab kord muzik itu je, B minor, E mejar dan sume2 tu la. X berubah pun. Kena pakai kord2 yang tu gak. Jadi, x hairan lah kalo ada yang tersama... Tapi janganlah sebijik2, nampak beno nirunye... Hhuuhuhu...

Apa2 pun, minat biarlah sekadar minat. Jangan sampai melampau... Terikut-ikut budaya diorang, histeria bagai kalau jumpa diorang... Ish3, x elok tu... Kalau jumpa ulama', xde lak nak histeria... Kalau boleh, nak lari lagi adela... #aptb. Fikir2kanlah.... Adios...!!!

Oh please....!!!


1 comment:

YanSaflina said...

saya pun x minat k-pop ni..tapi minat drama2 korea...^^


jom join contest saya : http://bluepinkiey.blogspot.com/2012/08/contest-menangi-hadiah-berupa-wang-rm60.html