Yeah...!!! Korang tau x apa itu kritis? Kreatif lak? Hurmm... Pe nk jd la ngn korang ni? Anak sebangsa aku... Aishh... Hahahahaha... Poyo je kan. Xde la, aku cuma nk share je ngn korang yg tu la tajuk kursus aku selama 2 hari di Sunway aritu. Nak tau? Jom layan...
Ye, tu la yg aku duk belajar 2 hari iaitu pemikiran kritis dan kreatif. Dan aku lak xde la segigih penceramah aku tu nk story kt korang segala benda yg dia ajr. Cuma aku tertarik ngn beberapa isu yg dibangkitkan je. Memang menarik perhatian aku, iaitu pasal bangsa aku, MELAYU!
Dr. Tengku Naufal, selaku penceramah kursus ni byk mengaitkan bahan pembelajaran ni ngn org melayu. Kenapa? Sebab xde guna nk sentuh pasal kaum lain. Kita tgk balik kt bangsa kita sendiri. Aku pun rsenye dh banyak menulis pasal MELAYU ni. Xpe, sekadar pandangan dan rumusan aku je k. Sedar atau x, masyarakat melayu skang semakin malas untuk berfikir. Ya, aku sendiri x nafikan bnda ni. Tapi aku nak highlight skit kt sini, bukan sume ok. Tetapi kebanyakannya..
Aku sbnrnye pasan gak benda ni, cuma sapalah aku utk berckp pasal bnda ni. Melayu kita terlalu terikat dgn adat dan budaya nenek moyang kita. Bukan aku nk ckp yg budaya kita ni x bagus. TIDAK sama sekali. Tapi kalo kita renung balik, ada gak adat kita yg leh dikatakan agak merepek. Budaya dan adat boleh diamalkan selagi x melanggar hukum Allah. Xde kompromi dlm perkara ni.
Mungkin kita sndiri x sedar yg kita sebenarnye, dh kurang menggunakan otak kita untuk berfikir. kita jgn lupa tau yg membezakan kita, manusia dgn binatang adalah akal yakni berfikir. "Manusia yg tidak berfikir umpama mati sebelum ajal"... Ini lah ungkapan yg paling aku igt yg dikeluarkan oleh Tengku Naufal tersebut. Ala...kire mcm jd zombi kg pisang gak la. Badan je hidup, tp otak dah mati. Byk gak la info yg aku dpt dlm kursus ni. Dan jujur aku ckp, dlm byk2 kursus yg aku dh pegi, ni la kursus yg aku paling minat skali. Aku suka perisian dlm pembelajaran kali ni.
Rupanya, cara aku berfikir dan memanang kepada sesuatu perkara tu bukanlah bnda yg pelik. Sbb ade org lain yg berfikir mcm aku berfikir. Alhamdulillah... Btw, kalo ada masa, aku share ngn korang apa yg aku belajar sepanjang kursus tu k. Cuma kali ni, aku nk igtkan kt korang sume, sedarlah dari mimpi. Byk kali aku dh bgtau, gunakanlah akal dgn sebaik-baiknya kerana itulah ciptaan Allah kepada kita dgn sebaik-baik kejadian... Till next.. Adios...!!!
1 comment:
ramai manusia akhir zaman lupa penggunaan akal dengan betul...=.=
Post a Comment