Tiada apa yg dpt diungkapkan,
Saat semuanya sudah berlaku,
Tiada apa dapat menghalang,
Kerana ini sudah takdirku...
Mungkin ini sudah tertulis,
Hubungan kita berakhir di sini,
Segala apa yg telah dilalui,
Akan selalu terpahat dihati...
Perih payah yang kita lalui,
Akan terus terpahat dihati,
Biar apa yg terjadi,
Menjadi kenangan yg abadi...
Jika ini jalan yang dipilih,
Aku akan sentiasa mendorongmu,
Agar berusaha lebih gigih,
Untuk menjadi yg lebih terbaik...
Tapi percayalah bahawa,
Aku akan setia menanti,
Jika engkau memerlukanku,
Untuk meluah rasa dihati...
No comments:
Post a Comment