Alhamdulillah.... Sampai skang aku masih
lagi diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk terus bernafas dan
menjalani kehidupan seperti biasa. Aku juga sentiasa mengharapkan ianya
akan berpanjangan di samping dijauhkan dari segala malapetaka yg buruk
menimpa diriku... Amin...
Aku
pun xtau, nape sejak akhir2 ni aku selalu nmpk eksiden depan mata. Yang
terjadi depan mata, dan jugak yg baru je terjadi... Hurmm... Mungkin
ini merupakan peringatan kepada aku kerana sering melupakan-Nya. Sebelum
ni aku ada ternampak mangsa tembak dan langgar lari yg juga merupakan
antara berita utama di berita-berita dan dada2 akhbar. Korang leh rujuk
ke entri ni [LINK] dan juga ni [LINK].
Hujung
minggu lepas je, aku dh tgk 3 kemalangan di jalan yg berlainan. Satu
daripadanya, melibatkan beberapa buah kenderaan di Federal Highway
sehingga menyebabkan jalan jem sehingga 3 KM jauhnya. Keadaan kemalangan
yg menutup ketiga-tiga lane di Fedral Highway yg menyebabkan kenderaan
xleh nk lalu. Hingga ada yg mematikan enjin kenderaan dan lepak di
tengah2 pembahagi jln sehingga keadaan pulih seperti sediakal. Xtau la
berapa lama diorang stuck kt situ sbb aku melalui jln yg bertentangan.
Beberapa
hari lepas, masa dlm perjalanan balik dari Shah Alam, ada lagi 2
eksiden di Federal Highway yg hanya lebih kurang 200-300 meter jaraknya.
2 eksiden di tempat yg sama. Innalillah... Moga-moga tiada nyawa yg
terkorban akibat kemalangan tersebut. Hurmm... Sampai skang aku masih
lagi teringat akan kesemua kejadian kemalangan yg berlaku. Bru je bulan
Januari, Tapi dh hampir 10 kemalangan aku tgk depan mata. Ini betul2
mengingatkan aku kepada kematian yg akan menjemput kita tanpa mengira
waktu. Jadi, aku nk berpesan kepada diri aku dan semua yg membaca,
sentiasalah bersedia menghadapi kematian kerana ia x pernah menunggu
kita. Muhasabah diri dan tingkatkan iman dan taqwa kita. Agar kita
selamat di dunia dan di akhirat kelak.. Adios...!!!
3 comments:
Alhamdulillah, syukur kepada illahi, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas...
betul mati x pernah tunggu kita, dan mati ni akan sampai bila masanya sudah tiba, apa yang berlaku sekarang ni semuanya adalah ketentuan illahi,yang mana Allah mahu kita sedar dari mimpi yang lena, kepada yang benar dan di redhai...
Alhamdulillah, jika dari insiden ini membuatkan diri kita berubah kearah kebaikkan....
kadangkala segala insident yg berlaku didepan mata ni membuatkan kita akan lebih berhati2...
Semoga kita diselamatkan dri kecelakaan...
Allah sebaik2 perancang
Post a Comment