Sunday, September 25, 2011

Terdetik Di Hati

Alangkah indahnya dunia
Pelbagai hidupan menghuni
Berwarna-warni berseri
Mencipta keindahan memori...



Seketika terdetik di hati
Merenung ke dalam diri
Adakah tompok hitam di hati
Membuat hanyut dibuai mimpi

Kadang-kadang terdetik di hati
Kenapa ini yang terjadi
Sedang segalanya baru bersemi
Membuka lembaran baru saban hari

Selalu terdetik di hati
Apakah salah diri ini
Yang sentiasa membelenggu hari
Yang membawa keindahan berlari pergi

Aku cuba mencari
Segala yang diingini
Bagi memuaskan hati
Agar semua keindahan kembali lagi...

Adios...!!!

6 comments:

APi said...

aku cuba mengerti..
apa yang kau maksudkan ini..
agar tak tersalah dierti..
supaya maksudnya sampai di hati..

[k]o{q}i[n] said...

mungkin anda kurang mengerti
segala maksud yg tersembunyi
kerana diri ini
tidak setandiing Aqu Api...

muahahahaha...

Buck Syah said...

Waa siap wat puisi... Ade bakat haha

APi said...

ah, persetankan publisiti..
yang penting ikhlas dari hati..
kerana itu lebih berisi..
dari omongan kosong tak bererti..

=]

[k]o{q}i[n] said...

@Buck Syah: bakat terpendam...huhuhu

[k]o{q}i[n] said...

@Api:

Bukan publisiti yang dicari
Ini sekadar coretan di hati
Biarlah hanya diri yang memahami
Segala maksud yang tersembunyi..