Tuesday, September 13, 2011

Kalau Diberi Pilihan...

Membuat pilihan bukanlah satu benda yg susah sgt pun. Yang susah adalah membuat pilihan yg tepat dan betul. Nak cari yg betul dan tepat, mmg memerlukan kita utk duduk termenung, menimbang sgala baik dan buruknya jika kita memilih sesuatu. Barulah kita dpt melihat sndiri pilihan yg kita wat tu baik utk kita atau x...


Kat sini aku nak share ngan korang 8 cara utk membuat pilihan:

IKUT NALURI
Jika setelah beberapa kali kita cuba utk membuat keputusan tapi masih menemui jln buntu, ikut je kata hati anda. Naluri kita selalunya dpt memberi kita jln yg betul. Dan yg paling penting, yakin dengan keputusan yg kita wat.

TENANGKAN DIRI
Keputusan memang x dpt dibuat ngan betul jika berada dlm keadaan yg stress dan tertekan. jadi, tenangkan diri dahulu baru kita leh berfikir ngn betul.

TIDUR SEBENTAR
Kajian pernah menunjukkan bahawa minda manusia yg di bwah separa sedar nampu menganalisa segala pilihan yg kita buat. Jadi, tidurlah walaupun sekejap agar kita mampu utk memiliki pilihan yg bijak dan tepat.


LUAHKAN PADA SESEORANG
Meluahkan perasaan kita pada seseorang yg kita percayai mampu membantu kita utk membuat pilihan. Orang lain xleh menentukan pilihan yg kita wat, tetapi ia sedikit sebanyak dpt membantu kita.

JGN LUAH KPD SUME ORG
Ini sgt penting. Hanya pilih org yg kita percaya saje. Kerana ia mungkin hanya akan menyukarkan kita membuat pilihan jika kita luahkan kpd sume org berikutan terlalu byk pandangan & pendapat.

JANGKA MASA PANJANG
Dalam setiap pilihan yg kita wat, fikirkan kesannya kepada kita & org lain dlm jangka masa yg panjang. Maknanye, kita perlu memikirkan dari segala aspek, baik mahupun buruk.

FAKTOR LAIN
Kalo leh, jgn libatkan faktor2 yg remeh dlm kita membuat pilihan. Ini kerana pilihan adalah terletak dlm tangan kita. Hanya kita yg tau apa yg terbaik utk kita.

SEJARAH & PENGALAMAN
Pengalaman dan sejarah silam kita mampu untuk menolong kita membuat pilihan dgn betul. Jgn ulangi lagi kesilapan yg sama sekiranya kita membuat pilihan yg sama.


So, agk2nya benda ni membantu korang x dlm membuat pilihan yg betul? Aku harap ianya sgt membantu. Keputusan kita adalah hak kita. Bukan org lain. Jadilah org yg bijak dan berani membuat keputusan sendiri. Kalo sume yg di atas masih x membantu, mintalah pertolongan dari-Nya, kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg terjadi ke atas hamba2-Nya... Adios..!!!

5 comments:

zikeryhassan said...

semua faktor tu memang mengajar kita dalam membuat pilihan.

[k]o{q}i[n] said...

@zikeryhassan: insyaallah..

^ Uncle Syaf ^ said...

tips yg bergune..cool,
thanks share

[k]o{q}i[n] said...

@Uncle Syaf: sesama...

n!cK said...

Allah Maha Mengetahui ape yg terbaik utk hambaNya...=)