Sunday, July 31, 2011

RM50K Untuk Dana Pembinaan Rumah Bayi Terbuang

Sebenarnya, aku agak tersentuh mendengar penerangan dari wakil OrphanageCare dalam rancangan sejuta impian di TV3 kejap tadi. Niat beliau sungguh murni demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan bayi2 yang terbuang, memandangkan masalah sosial di Malaysia yang kian meruncing.


Di Malaysia, apa yang aku tengok, masyarakat kita sangat ramai yang terikut-ikut dengan budaya barat. Kes zina sangat banyak terjadi walhal ianya sangat ditegah oleh syarak. Agama Islam adalah satu agama yang sangat murni. Segala yang ditegah oleh-Nya mempunyai sebab dan musababnya kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan. Aku tidak salahkan 100% kepada pesalah laku zina berkenaan hal ini kerana sepatutnya kita sama2 berusaha untuk membendung masalah ini.


MEDIA MASSA
Pengaruh media memang menjadi antara penyebab utama masalah sosial di negara kita. Kebanyakan remaja kian mudah terpengaruh dengan media. Segala yang ditunjukkan mahu diadaptasikan dalam kehidupan. Rancangan2 yang x sepatutnya disiarkan, tetap disiarkan demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan masalah dan implikasi yang akan dialami pada masa akan datang.

KELUARGA
Ibu bapa sepatutnya lebih peka dengan perkara ini. Kebiasaannya, masalah ini tidak akan timbul sekiranya ibu bapa memberi sepenuh perhatian kepada anak2. Ada juga ibu bapa yang sanggup menahan niat murni anak2 untuk menjalinkan hubungan yang sah semata-mata kerana nafsu diri atau dendam. Inilah yang sepatutnya perlu dielakkan. Seboleh-bolehnya, terimalah keputusan anak2 untuk mendirikan masjid bersama pilihan hati agar masalah zina boleh dieelakkan.
MASYARAKAT
Masyarakat juga perlu mengambil bahagian dalam perkara ini. budaya mengumpat, iri hati dan dendam perlu dikurangkan agar hubungan antara masyarakat dapat dikekalkan. Mereka2 yang telah "terlanjur" seharusnya diberi tunjuk ajar dan panduan agar dapat kembali bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, bukannya disisihkan dan dicaci agar tidak terjadi masalah sosial yang lain. Ini semua demi kesejahteraan kita bersama.

INDIVIDU
Sebenarnya, semuanya terletak atas individu itu sendiri. Ini adalah faktor yang paling penting. Pemilihan kawan dan teman yang betul boleh mengurangkan masalah sosial yang terjadi. Didikan dan ajaran agama sangat penting dalam diri agar kita tidak melakukan sesuatu yang ditegah oleh agama kita. Akal dikurniakan untuk berfikir, jadi gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Fikir tentang masalah yang akan dihadapi, dan segala implikasi yang akan diterima sebelum melakukan sesuatu perkara.



Masalah zina memang sesuatu yang sangat menular skang ni. Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha untuk membenteras gejala ini. Jangan jadikan nyawa yang x berdosa sebagai mangsa. Bayi adalah kurniaan-Nya. Ini adalah tanggungjawab yang diberikan oleh-Nya kepada kita dan janganlah disebabkan kesalahan kita, mereka menjadi  mangsa. Mereka juga ingin merasai kehidupan berkeluarga, disayangi dan sebagainya... Adios...!!!

p/s: puasa telah jatuh pada hari isnin ini. selamat menjalani ibadah puasa
jom ke blog baru aku k...Koqin's World

**********

jom ramai tolong like gambar aku. just klik ke kt link bawah ni..
https://www.facebook.com/photo​.php?fbid=239989886030747&set=​a.239024446127291.75996.148617​211834682&type=1

1 comment:

roq said...

haish....dah teruk da alaysia skrg...selama masih adeyang nak membantu.....

snggah2 la sini plak :)