Kita abaikan je pasal perhimpunan tu. Skang ni aku nak share pasal sifat manusia. Pabila nafsu yang menguasai akal fikiran kita, maka musnahlah seorang anak Adam. Cewah....mcm ustaz lak kan.. Tapi itulah kenyataannya. Sebab itu ada disebut bahawa "perang yang paling besar dalam hidup manusia adalah perang dengan nafsu sendiri". Jika dilihat dari mata kasar, mungkin ramai yang membayangkan bila bercakap pasal nafsu, ianya mestilah berkenaan dengan seks.
Harus diingatkan, nafsu adalah kemahuan. Bermakna, setiap yang kita inginkan adalah nafsu kita. Ianya menjadi lumrah dalam diri manusia dan merupakan kurniaan dari-Nya. Nafsu adalah sesuatu yang baik, cuma manusia yang perlu mengawalnya. Itu sebabnya Allah mengurniakan setiap manusia akal fikiran. Akallah yang sepatutnya mengawal segala nafsu kita.
Jangan disebabkan nafsu yang melulu, kita jadi binasa. Kita hidup dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Semua yang kita buat adalah kerana-Nya. Jadi, buatlah sesuatu berdasarkan hukum dan peraturan yang telah diturunkan oleh-Nya. Rujuklah kepada yang arif berkenaan sesuatu. Jadilah manusia yang pandai menggunakan akal fikiran dengan sebaiknya. Tapi perlu diingat, setiap manusia akan melakukan kesilapan, termasuklah ustaz, alim ulama', termasuk para nabi kita semua melakukan kesilapan kecuali junjungan besar Rasulullah yang dijaga perbuatan baginda. Cuma yang membezakan mereka dengan manusia biasa adalah, cara mereka mengatasi kesilapan mereka itu agar tidak berulang. Adios...!!!
p/s: aku pun x lari dari melakukan kesilapan, andai ada kesilapan dlm madah di atas, perbetulkanlah aku
**********
jom ramai tolong like gambar aku. just klik ke kt link bawah ni...
3 comments:
agak mendalam entri ni bro
mungkin berdasarkan peristiwa smalam
hrp2 bersatulah manusia sesama agama
setiap orang sering lakukan kesilapan sebab kita manusia biasa dan bukan maksum. biar akal menguasai nafsu,jangan nafsu menguasai akal.
hurmm..sungguh menusuk jiwa....
Post a Comment