Monday, July 18, 2011

Lelaki & Pemakanan Seimbang

Seperti yang kita tahu, kebanyakan lelaki di Malaysia kurang mengambil berat berkenaan pemakanan seharian. Lebih2 lagi kepada mereka yang bekerja berat. Makanan biasanya diambil tanpa mengambil kira faktor2 nutrisi. Pelbagai faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan seharian kita.


 Makanan merupakan faktor terpenting dalam kehidupan seseorang bagi mengekalkan tenaga untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, setiap orang mempunyai kadar pengambilan kalori yang berbeza. Ini berikutan perbezaan dari aspek yang pelbagai. Contohnya; gaya hidup, senaman, kekerapan melakukan aktiviti senaman, genetik, dan pelbagai lagi.


Jadual di atas merupakan jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang lelaki dan perempuan mengikut umur. Sebenarnya, bukan semuanya sesuai untuk menggunakan jadual tersebut, tetapi adalah mustahil untuk membuat garis panduan bagi setiap individu. Oleh itu, jadual seperti ini dikeluarkan mengikut average berdasarkan survey ke atas kebanyakan orang. Di atas juga menunjukkan cara pengiraan BMI.

Piramid makanan juga merupakan salah satu garis panduan kepada kita dalam mengawal diet pemakanan kita seharian. Diet bukan bererti tak makan, tetapi mengambil makanan dalam kuantiti yang diperlukan dan dalam keadaan yang seimbang. Jangan sesekali kita menyeksa perut kita dengan tidak mengambil apa2 makanan semata-mata untuk menguruskan badan. Carilah mereka yang pakar dan minta pandangan dan nasihat mereka agar tubuh kita sentiasa sihat dan segar.


Pola pemakanan di Malaysia boleh dikatakan agak berat dan tidak seimbang. 6 kali waktu pemakanan yang biasanya diamalkan di negara2 barat, tidak boleh diamalkan di sini kerana makanan ruji negara ini adalah nasi. Nasi adalah makanan yang tinggi karbohidrat dan membekalkan tenaga kepada badan dalam kuantiti yang tinggi. Jadi, di Malaysia hanya mengamalkan 3 kali waktu pemakanan sahaja. Itu sudah mencukupi untuk menampung keseluruhan aktiviti setiap individu. Tetapi, harus diingat, kurangkan makanan berminyak, perbanyakkan meminum air masak, jangan makan makanan yang berat sebelum tidur, makan buah-buahan dan sayuran setiap hari dan amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Lelaki sekarang perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling dan juga diri. Penampilan yang bergaya dan segak bermula daripada makanan. Jangan terlalu obses dengan sesuatu perkara sehingga mengabaikan perkara penting untuk diri kita. Semoga segala yang dikongsi, dapat diterima oleh korang semua. Kalo nak tau lagi, klik je sini atau sini... Adios...!!!

p/s: nantikan kemunculan vlog sempena program Graduan Aspire 2011 k..


**********

jom ramai tolong like gambar aku. just klik ke kt link bawah ni..
https://www.facebook.com/photo​.php?fbid=239989886030747&set=​a.239024446127291.75996.148617​211834682&type=1





2 comments:

~Kirin Selama Perak~ said...

nak kena diet untuk dapat berat badan yang seimbang~
:D

[k]o{q}i[n] said...

betul tu...huhuhu