Sunday, July 24, 2011

Lelaki & Kehidupan

Dunia lelaki sememangnya berbeza dengan dunia wanita. Wanita memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan, begitu juga dengan kaum lelaki. Kalau dikatakan bahawa kaum wanita sukar diramal, lelaki juga begitu. Memiliki angin yang tidak menentu dan sukar dijangka. Jom kita sama2 lihat dan renungkan bersama...


EGO YANG TINGGI
Ini sememangnya semua sedia maklum. Lelaki memang terkenal dengan sikap egonya. Perempuan memang tidak mampu untuk menandingi tahap keegoan setiap lelaki. Tapi bukan bermakna kaum lelaki boleh berlagak dan mempamerkan keegoan mereka pada setiap masa. Ego adalah perlu untuk seorang lelaki kerana ianya satu sifat yang diberikan khas untuk lelaki bagi mempamerkan ciri2 kepimpinan. Antara sebab ego adalah perlu untuk lelaki adalah; menyembunyikan kelemahan diri, mengakui kebenaran diri, menunjukkan kehebatan, tidak mahu mengaku kalah, mengelak dari dikritik dan melindungi diri dan orang yang disayangi.


MUDAH
Mudah..?? Apa yang mudah...?? Kehidupan lelaki selalunya lebih mudah berbanding wanita. Disebabkan itu juga lelaki sukar untuk memahami bahasa2 kiasan. Kebanyakan lelaki lebih selesa bercakap dalam bahasa2 yang mudah dan simple. Di samping itu, lelaki juga kurang menyenangi perkara2 yang remeh yang kebiasaannya dilakukan oleh kebanyak wanita. Tapi tidak bermakna semua lelaki ambil mudah dalam semua perkara, ada juga perkara yang lelaki sangat ambik berat, contohnya berkenaan dengan hasil kerja dan minat mereka terhadap sesuatu.


TIDAK SUKA DIPAKSA
Ini adalah salah satu perkara yang sangat dibenci oleh kebanyakan lelaki. Lelaki memang x suka dipaksa. Paksa hanya akan membuatkan seseorang lelaki itu berasa terancam dan mudah untuk marah. Jika perkara ini berlaku, seharusnya jangan ditegur dan hanya perlu dibiarkan sahaja. Kerana teguran hanya akan memburukkan keadaan sahaja. Jika wanita mendesak lelaki supaya meluahkan perasaannya, berkemungkinan besar wanita tersebut akan mendengar sesuatu yang diluar dari jangkaannya. Memaksa seorang lelaki juga boleh  membuatkan sesuatu perkara yang baik bertukar menjadi sangat buruk. Jadi, wanita perlu lebih berhati-hati dan mencari jalan yang terbaik jika ingin mengetahui sesuatu mengenai lelaki.

EMOSI DAN KEJUJURAN
Emosi lelaki lebih teratur tetapi sukar diramal. Jika wanita boleh berubah emosi dalam masa yang singkat, begitu juga lelaki. Tetapi kebanyakan lelaki lebih bijak mengawal emosi mereka dan berusaha untuk menahan daripada dikeluarkan lebih2 lagi berkenaan sesuatu yang sensitif. Lelaki juga lebih mementingkan kejujuran mahupun bersama wanita atau sesama lelaki itu sendiri. Tidak dinafikan ada lelaki yang menjali sesebuah hubungan demi kepentingan diri, tetapi masih ada lagi yang menjalinkan hubungan atas dasar kejujuran. Hubungan disini bukan bermakna antara lelaki dan wanita sahaja, tetapi juga antara sesama lelaki. Lelaki kebanyakannya lebih mementingkan persahabatan dan keluarga berbanding percintaan mereka. Wanita perlu lebih peka terhadap perkara sebegini dan jangan sesekali berusaha untuk membuatkan seseorang lelaki itu meletakkan dirinya lebih dari keluarga dan persahabatan.

Sesungguhnya, lelaki sangat banyak rahsia yang masih tidak diketahui oleh wanita. Wanita memang dijadikan oleh Allah untuk seorang lelaki. Tetapi bukan bermakna seorang lelaki dijadikan untuk seorang wanita. Wanita perlu tau yang lelaki banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Oleh itu, sebagai seorang wanita, anda perlulah memberi sokongan agar seorang lelaki itu dapat memikul tanggungjawab dan dilaksanakan dengan sempurna. Lain kali, aku akan share lagi rahsia berkenaan Dunia Lelaki agar dapat kita manfaatkan bersama... Adios...!!!



p/s: jom layan vlog Graduan Aspire kt sini

**********

jom ramai tolong like gambar aku. just klik ke kt link bawah ni..
https://www.facebook.com/photo​.php?fbid=239989886030747&set=​a.239024446127291.75996.148617​211834682&type=1


1 comment:

nas said...

yess
lelaki mmg ego tinggi
xmudah mengalah
then xsuke cakap berbelit
simple to word
hehehe
dan yang pasti lelaki bijak kawal emosi
kalau emo pun sekejap je
pastu baik balik :)