Saturday, July 9, 2011

Isu Bersih 2.0 : Bukan Membantah, Cuma Cara Tak Betul

Hai sume... Nampaknya hari ni situasi di KL sangat genting. Ini sume berikutan dengan isu Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. Di samping itu, ini jugalah menjadi antara isu hangat dikalangan blogger2 sekalian. Apa sebenarnye perhimpunan Bersih 2.0 ni..?? Apakah tujuan sebenarnye..??

Aku xnak la komen lebih2 pasal benda alah ni, kang ada yang hentam aku lak. Cuma yang aku peliknye, nape kena wat kt jalanan..?? Nampak sangat murahannya. Ok, aku dah baca tujuan sebenar benda alah ni dan objektifnya, aku x membantah pasal benda ni, cuma aku x setuju cara ianya dilaksanakan. Daripada sibuk wat perhimpunan macam ni, baik p bersihkan pelacur2 kat lorong Haji Taib ke, bersihkan sungai Klang ke, bersihkan la apa yang patut...



Mesti ada yang marah aku. Well, ini adalah pendapat aku. Setuju atau x, terpulang kat korang. Sapa2 yang bukan duk kat KL, xkan tau mcm mne menyampahnye rasa dengan benda alah ni. Sangat menyusahkan tau x. Dah mcm berperang, tunggu perintah berkurung je lagi. Come on la, masing2 dah besar, akal ada, gunakanlah sebaik-baiknya.

Kita sebagai umat Islam, ada pegangan agama, ada tuhan yang Esa, ada junjungan Nabi yang mulia, ada kitab sebagai rujukan dan pegangan hidup, bukannya xde sesuatu yang membimbing hidup kita. Fikirlah... Kerajaan negeri Selangor dh bg tempat, ditolak. Dh bagi jumpa DYMM Yang Di-Pertuan Agong, tapi xnak bg gak memorandum tu. Jadi, pe lagi yg diorang nak?? Memang saje nak tunjuk kt orang asing pasal negara sendiri. Kata sayang negara..??


Kalo dah bosan duk kt Malaysia, g la negara lain. Rasakan hidup yang sangat BERSIH kt luar negara tu. Jangan balik2 dah kt sini. Malaysia adalah negara demokrasi berpelembagaan. Janganlah nak ubah2 lagi apa yang ada. Kalo xnk kerajaan yg skang ni memimpin, time pilihanraya tu, undilah calon lain. Habis cerita... Aku memang ngah panas hati...!!! Adios...!!!


p/s: aku pun rakyat Malaysia, aku berhak bersuara gak


5 comments:

cx's said...

thumbs up! sokong 100% ..

CMRatu Fotografi said...

haha.. setuju... guna la saluran yang betul... memang x cerdik yang dok pi ikut org x tentu pasal..

misz myza said...

2 la psl.. yg pihak ni buat hal mcm ni.. yg pihak tu lak wat mcm 2.. masing2 ego.. alih2 rakyat yg penin.. dah skrg, rmi yg gaduh.. sokong ni la, sokong 2 la... haish2... penin2..

Luqaz™ said...

Salam.. aku rasa kau dh salah fakta nie..prhimpunan ini tidak dibuat di jalanan sebenarnya.. mereka semua berjalan kaki menuju ke stadium.. disebabkan jalan ke stadium semua ditutup. kemana lg mereka nk pegi? salah siapa? polis yg tutup.. so, mereka bertaburan la dijalanan.. jgn nk kata prhimpunn ini di jalanan.. harap dpt faham fakta ini.. *hanya mmbetulkn apa yg salah.. :)

p/s: dlm mnulis entry, jgn trlalu emo..emosi kne kawal..nnti org bnci ngn blog kita.. peace! :)

Anonymous said...

betul tu LUQAZ..ramai org x tau matlamat sebenarnye perhimpunan ni..aku pun rakyat msia yg berhak bsuara gak...