Sebenarnya, selepas ini mungkin ada antara kalian yang perasan yang bentuk penulisan aku sedikit berubah. Ini kerana aku ingin menaik taraf cara dan bentuk penulisan aku dari santai dan bersahaja kepada yang lebih matang, profesional dan komersial. Mengapa..??
Ini berikutan aku mahu mencabar diri aku supaya menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti dan menarik. Walaupun ini bukanlah blog komersial, tapi aku ingin melatih diri aku untuk menjadi lebih matang berikutan pengalaman aku dalam dunia blog bukanlah baru dan sikit. Pelbagai corak penulisan telah aku temui, dan ini membuatkan aku ingin memperbaiki diri aku ke arah sesuatu yang lebih baik dan baru. Aku sangat berharap agar kalian semua dapat menerima pembaharuan yang ingin aku tampilkan.
Kepada yang lebih arif dalam bidang penulisan, segala tunjuk ajar dari kalian amatlah aku harapkan. Segala ilmu yang telah dan akan aku dapati akan aku manfaatkan sebaik-baiknya.Semoga kalian semua menyokong perubahan ini agar bidang penulisan terutamanya di blog menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Adios...!!!
p/s: tagline Adios tu tetap dan takkan berubah. penggunaan ganti nama diri akan aku ubah dari "aku" kepada "KK".
9 comments:
comelnye abang KK. hik3. :P
@aslann: erk...perlu ke..??
good! jom jadi lebih matang...tapi kadang2 keluar jugak entri cam budak2 tu... -_-"
kena panggil abam kk ke lepas nih?hak3
@sunah: sikit2 xpela...huhuhu
@heziqa: just "KK"... tq
good luck k
@FF: thankz...
pasni pggl KK?
kat mana2 pon?
with luv,
~KSP~
@KSP: terpulang lah...ikut keselesaan...
Post a Comment