Mcm2 nikmat yang telah diberikan, tapi ada juga segelintir hamba-Nya yang masih kufur nikmat, yakni tidak menghargai dang menggunakan nikmat pemberianNya. Contohnya nikmat akal. Akal hanya diberikan kepada kita yang bergelar manusia. Tidak kepada haiwan, tumbuhan, bukit bukau dan lain2 lagi. Disebabkan itulah, manusia diiktiraf sebagai khalifah di muka Bumi ni. Itu juga lah yang membezakan manusia dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain.
Jadi, gunakanlah akal kurniaanNya ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah kita sesekali menyalah gunakannya kerana boleh mengakibatkan mudarat kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling.. Jangan sesekali membuat apa2 keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu. Segala keputusan mesti dibuat berdasarkan akal yang rasional, bukan dengan hati yang buta ataupun mengikut nafsu. Jika masih tidak dapat membuat keputusan dengan tepat, rujuklah kepada mereka yang lebih arif.
Itulah sebabnya Allah mengurniakan kebolehan yang berbeza bagi setiap individu. Ianya bagi membolehkan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Jika terdapat kesalahan yang dibuat oleh saudara kita, tegurlah dengan cara yang paling elok sekali. "Letaklah amarah mu di tingkat yang paling bawah sekali". Tapi perlu diingatkan bahawa, tahap kesabaran setiap manusia masih ada hadnya. Jadi, janganlah menguji tahap kesabaran setiap orang.
Cara yang paling baik adalah dengan musyawarrah atau berbincang. Bincanglah dengan cara yang baik, bukan dengan maki hamun dan lontaran fitnah yang melulu. Jadilah insan yang mempunyai imej yang bersesuaian dengan agama yang dianuti. Pilihlah peribadi yang baik agar kita disenangi oleh semua orang. Oleh itu, sentiasalah ingat kepadaNya kerana Allah akan sentiasa ingat akan hambaNya yang ingatkanNya. Adios...!!!
p/s: aku mls nak hujah panjang2. sapa2 yang terasa aku mintak maaf. cuma aku mintak satu je, berfikir sebelum bertindak
3 comments:
insyaallah...aminnn
amin...
alhamdulillah.. aminnnn
Post a Comment