Wednesday, June 15, 2011

Film Review : KL Gangster

Bertempat di The Mines, KK dan Amal berpeluang untuk menonton filem KL Gangster dengan tajaan FM. Perasaan yang begitu teruja ingin menonton filem ini berikutan kutipan yang box office dan mencatat sejarah baru dalam industri perfileman Malaysia kerana mampu mengutip sebanyak RM1.5 juta pada hari pertama tayangan (secara kasar). Ikuti ulasan KK berkenaan filem ini.



Sebenarnya, kami agak kecewa kerana terlepas scene awal filem berikutan kelewatan tiba ke The Mines. Tapi kami bernasib baik kerana tidak banyak scene yang kami terlepas. Permulaan cerita yang sangat menarik membuatkan semua pengunjung menjadi teruja untuk menonton. Memang tidak dinafikan, Syamsul Yusoff selaku pengarah filem semakin matang dalam menghasilkan karya yang bermutu dan memuaskan. Banyak aksi yang ditonjolkan sepanjang filem ini, disamping senimatografi dan audio yang bagus, membuatkan penonton tidak bosan sepanjang filem ini ditayangkan.

Kehadiran Zizan sebagai Fadil dan Sofi Jikan sebagai Ajib menceriakan filem dengan lawak yang diselitkan. Ternyata mereka berdua dapat menghidupkan jalan cerita walaupun mereka bukanlah watak utama dalam filem tersebut. Jenaka yang diselitkan mereka menjadi dan membuatkan penonton ketawa walaupun sebenarnya kami sedang menonton filem aksi.


Aaron Aziz (Malek) selaku watak utama memang tidak mengecewakan. Lakonan beliau sungguh mantap sehingga membuatkan penonton berasa seperti melihat keadaan sebenar. Di samping itu, Jai lakonan Adi Putra memang menjadi. Gaya lakonan mereka berdua memang patut diberi pujian. Babak aksi yang ditunjukkan benar-benar mengujakan penonton. Berikut antara babak-babak yang ada di dalam filem KL Gangster.










Secara keseluruhannya, filem ini memang tidak mengecewakan. Syamsul Yusoff dilihatkan sebagai seorang pengarah yang memang berbakat. Hasil kerja beliau memang patut dibanggakan, teliti dan memberi kesan kepada penonton. Syabas kepada semua tenaga kerja yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Diharapkan, industri perfileman Malaysia mampu untuk bersaing dengan filem antarabangsa. Majulah filem negara dipersada antarabangsa... Adios...!!!

p/s : menunggu filem green lantern pula selepas ini

7 comments:

Mrs. Amad said...

mmg best..sampai melenting2la 'Pertubuhan' tu..

::FAIZ:: said...

hm..... blm tgk lg

Syafiq Rosli said...

aku tak suka ending dia..haish

[k]o{q}i[n] said...

@Mrs. Amad: abaikan je mereka

FF: rugi r...

SR: setuju...mcm kureng skit..

Heziqa Yoo said...

oke!aku jeles!

Ur Other Half said...

ramai ckp best n ak pun same rs best ..balik je rs nk tgk lg skali.kehkehkeh

[k]o{q}i[n] said...

@heziqa: silalah jeles..

@darkbatman: dh tgk la mknenye..?? mmg la best. cuma ending je yg mcm kureng skit..