Monday, May 16, 2011

Sedikit Pemberitahuan

Hai sume.. Dah segar skit pas refresh-kan diri td. Hari ni sume aku tgk duk sibuk bercerita pasal Hari Guru. Yela kan, 16 Mei tiap2 tahun kita menyambut Hari Guru. Aku pun terdetik untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang ada kat Malaysiaku yang tercinta ni. Tidak dilupakan, kepada ibu dan ayah aku gak. Diorang ni la guru terawal yang hadir dalam hidup aku dan mendidik aku sehingga menjadi retiss skang.. *erk...sila jeles dan jgn muntah.


Kat sini gak, aku nak highlightkan gak cikgu2 yang penah ngajar aku segala macam benda. Aku tau, dengan sekadar ucapan terima kasih memang x terbalas segala jasa yang mereka telah curahkan. Tapi itu je yang mampu aku ucapkan. Moga Allah akan membalas semua jasa2 mereka. Hanya Dia yang mampu untuk membayarnya. Aku nak share ngan korang, tempat2 yang penah aku jadikan sebagai sumber ilmu aku dari kecik, sampai la aku dah bekerjaya skang ni. Jom layan....

Tadika Perpaduan, Telok Gadong, Pelabuhan Klang (1993-1994)

Menjadi pusat terawal aku mengenal ABC dan 123. Selama 2 tahun aku disitu, mcm2 pendidikan awal telah aku dapat. Terima kasih yang x terhingga kepada tenaga pengajar kerana tanpa mereka, aku mesti x reti nak mengeja, menulis dan mengira. Kenangan paling indah skali kat sini adalah aku dijulang sebagai Pelajar Terbaik.. Muahahaha...aku memang pandai. *sila abaikan...

Sekolah Kebangsaan Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang (1995-1998)

Yup..sekolah rendah aku yang pertama. Selama 4 tahun kat sini, sekolah ni memang happening. Mcm2 xtvt ada. Sangat meriah. Aku kat sekolah ni smp darjah 4 je. Bukan sebab kene buang, tapi berpindah. Aku mne leh kene buang, student kesayangan. Kenangan paling best, aku dijadikan anak angkat kepada cikgu PJ aku.. Muahaha...cikgu tu best, sempoi je. Siap bwk aku g jln2 kat Klang lagi naik motor. Muahahaha...

Sekolah Rendah Agama Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang

Hmmm...sebenarnya, aku kureng igt skit kenangan aku kat sekolah ni. Yang aku igt, geng2 aku je, Muhammad, Hakim ngan hmm..spe eik sorang lagi.. Hahaha...sori, low memory. Kitorang main guli, bola kapur, kete Dash, police entry, dan mcm2 lagi la yang biasa budak2 main. Paling x leh blah, Guru Besar siap offer aku utk jd Ketua Pengawas lagi supaya aku jgn pindah. Perghh...terharu sungguh. Tapi nak wat mcm mne, aku terpaksa gak pindah. Ikut family.

Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, Tanjong Karang (1999-2000)

Agak berlainan skit environment kat sekolah ni. Maklumlah, bru sgt. Masuk2 je, aku dah kne jadi ketua kelas. Adoyai...xpasal2 je. Disebabkan kt kelas aku tu, ramai yang berpangkat, mksudnye pengawas sek, librarian dan yg seangkatan la. Dah la ketua kelas, siak kene denda sebab ketua bising gak. Muahahaha.. kne la kurung dlm stor bwh tangga. Huhu...style sungguh aku ni.

Sekolah Rendah Agama Batu 11, Tanjong Karang

Hmmm...kalo masuk baba sekolah agama je, aku x brape nak igt kenangan terindah yang terjadi. Ntah la, sebab tu aku x femes sgt kt sekolah agama. Cuma satu je yg aku igt, aku dah patah kan gigi membe aku. Kepada Mohd Fadlan Ismail, aku mtk maaf byk2 kat ko. Biasa lah, budak2 mestilah kne nakal. X best la kalo senyap sunyi je.. Huhu...

Sekolah Agama Menengah Seri Desa, Tanjong Karang (2001-2003)

Ahakzz...akhirnye ke sekolah agama gak aku. Tapi, aku hanya berada kt sek ni selama 3 tahun je. Apa eik yg seronok kt sek ni..?? Xde sgt kot, mcm biasa je la. Pegi sekolah, balik sekolah, g koko, hari kantin, hari keluarga, amal islami... Tu je la, sowi aku x igt sgt la.. Ok, kita proceed...






Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, Padang Rengas (2004-2005)

Ha....kat sini best. Sekolah ni memang gempak. Paling aku suka, batch aku, telah menaikkan nama dan kegemilangan sekolah dlm akademik dan sukan. Muahahaha... Kitorang memang happening kan cikgu2.. Sampai ada la cikgu tu ckp, "...lepas korang blah je, sekolah jdi bosan balik. Budak2 bru sume x best sgt..".. Muahahaha.... Kejayaan tertinggi aku, wakil sekolah ke peringkat negeri Perak untuk pertandingan Khat. Sangat tidak percaya.. haha...

UiTM Kampus Dungun, Dungun (2007-2009)

Hampir 3 tahun aku belajar kt sini, mcm2 aku dpt. Aku amik bidang foodservice management, under hotel fac. Dak2 hotel memang gempak habis, termasuklah lecturer2 kitorang. Sumenye sporting. X terasa sgt la masa berlalu. Tempatnye dh style dh, korang nak ape, sungai, air terjun, bukit, pantai...sume ada.. Tu pasal UiTM Dungun digelar kampus dalam resort. Sangat sesuai la untuk sape2 yang sukakan kedamaian. Byk nak citer kenangan aku kt UiTM ni, tapi biarlah aku je yang tau. Kalo korang nak tau, tanye aku je la.

Haaa...amacam, aku rasa cukup byk dh tempat aku belajar ni. Kepada semua cikgu2 dari tempat2 yang aku mention kt atas ni, aku ucapkan Selamat Hari Guru, segala jasa dan bakti kalian akan ku kenang smp bila2.. Kalo korang ada yang dari tadika, sekolah atau U yang aku bgtau, aloo2 la. Mana tau kita kenal.. Huhu.. K la, pjg sungguh entri kali ni. Aku chow dulu la... Adios..!!!

5 comments:

aslann said...

dasar retis!!!

[k]o{q}i[n] said...

tau xpe..muahahaha

hawiz said...

retis?..demm..ahahaha....oke3..slamathari guru jugak..kpd semua..

[k]o{q}i[n] said...

hawiz; ala...lek r.. xkn kne kejutan budaya kot..?? huhu

~Kirin Selama Perak~ said...

pergh !
retis~!!!
:P