Monday, May 9, 2011

Define: Man U vs Chelsea


Bertempat di Malaysian International Exhibition & Convention Center (MIECC), telah diadakan satu majlis menyaksikan perlawanan langsung antara Man U & Chelsea. Bermula dari pukul 7 petang, pelbagai acara telah diselitkan dalam majlis tersebut. Antaranya adalah persembahan artis seperti Bittersweet, Zainal Abidin dan lain2. Mari kita lihat sedikit catatan sepanjang majlis berlangsung.



Sebenarnya, semasa perlawanan bermula terjadi sedikit kekecohan antara mereka yang hadir dengan pihak penganjur kerana terdapat sedikit masalah teknikal. 2 gol yang diperoleh Man U tidak dapat disaksikan kerana pihak penganjur tidak dapat menyiarkannya akibat masalah tersebut. Walaupun begitu, perkara ini dapat diselesaikan selepas 20 minit perlawanan. Kredit untuk pengacara majlis, Jehan Miskin & Burn kerana telah berusaha untuk menghiburkan penyokong2 yang hadir.


Pada malam itu, Jehan telah didenda kerana Chelsea telah kalah. Jehan disuruh pumping sebanyak 30 kali. Selain daripada itu, seramai 15 penyokong bertuah telah memenangi hadiah berupa sebiji bola sepak untuk setiap pemenang, 2 orang penyokong bertuah memenangi sebuah iPod Nano dan iPod Shuffle. Manakala 5 orang penyokong bertuah telah memenangi hadiah utama berupa tiket khas untuk menyaksikan perlawanan akhir di England.

Majlis berakhir di antara pukul 2 pg. Terima kasih diucapkan kepada the Garang dan membe beliau kerana memberi aku satu tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan tersebut bersama. Di samping itu, the Garang juga telah memberi aku cenderahati yang diperoleh. Terima kasih sesangat. Best lepak ngan korang mlm td. K la, tu je aku nak review pasal match mlm td. Congrats to Man U kerana berjaya mengalahkan Chelsea 2-1. Glory glory Man United...!!!! Adios..!!


Thanks to Amal for the gift


9 comments:

KyêrulL said...

perhhhhhhh!! terbaik....... jeles

[k]o{q}i[n] said...

ahakz...silalah jeles...

miss frog said...

cunnnn......^^

the garang said...

ahahaha. hal kecik je bro. hehehehe

[k]o{q}i[n] said...

miss frog; pe yg cun??

amal; ok2...

~Kirin Selama Perak~ said...

untunglaa~!!!`

[k]o{q}i[n] said...

kirin; jeles r tu...

Encik Bedak Sejuk said...

pergh panas der, panas... hahaha

[k]o{q}i[n] said...

muahahahaha... aku tau ko sokong chelsea.. glory glory man united~~~