Mesti korang tertanya-tanyakan, ape yang makin tua.. Adakah si raksase janggut..?? Atau kah si raja kentut..?? Huhu...tu sudah semestinya.. Ala..korang pun sama.. Iyela, umur sume makin meningkat, mane ada yang makin menurun..
Tapi bukan tu yang aku nak bincangkan kat sini, tapi pasal planet Bumi kesayangan kita ni.. Tempat yang telah kita duduki sejak dari lahir lagi, sampailah kita ditanam di dalamnya. Memang dah hukum alam, apa yang ada kat dunia ni, menjadi semakin berusia, termasuklah Bumi. Banyak dah kejadian2 alam yang kita dengar mahupun lihat seperti gempa, banjir besar, dan pelbagai lagi. Sume ni terjadi di luar kawalan kita.
Tapi korang pernah x rasa mcm mne nak mengatasi sume benda ni..?? Memanglah kalo nak ikutkan sume tu adalah kehendak-Nya, tapi cuba kita renungkan balik, sume ni disebabkan kita sendiri. Mengabaikan-Nya..!!! Dengan kemajuan teknologi yang x terkawal, masing2 mau menunjukkan kekuatan dan kepandaian, gejala sosial yang berleluasa, tanpa ada langsung sifat merendah diri dan berlagak dengan-Nya..
Allah maha Berkuasa. Dia nak kita sume sedar, bahawa sume kejadian adalah utk mengingatkan dan menyedarkan umat manusia supaya kembali tunduk dan patuh kepada-Nya. Tiada lain yang patut disembah melainkan-Nya. Kita makin alpa dan ghairah mengejar keduniaan. Oleh itu, aku mengajak sume rakan2 aku supaya kita sama2 menambahkan amal ibadah kita agar senang kita di akhirat kelak.. Adios..!!!
p/s; ambillah iktibar dari setiap mala petaka yang diturunkan-Nya
No comments:
Post a Comment