Wednesday, December 29, 2010

Harimau VS Garuda


Akhirnya, tibalah masa yang dinanti2kn oleh kesemua rakyat Malaysia dan Indonesia di mana pertandingan akhir ke-2 akan berlangsung pada malam ini. Pada pertandingan akhir pertama menyaksikan Malaysia telah menewaskan Indonesia (3-0) dan melahirkan ketidak puasan hati penyokong2 Indonesia dan membuat pelbagai spekulasi yang tidak elok terhadap skuad dan penyokong Malaysia. Isu laser yang ditimbulkan melahirkan rasa tidak selesa rakyat Malaysia dengan kenyataan yang dikeluarkan walaupun ianya telah disiasat oleh pihak berwajib.

piala yang menjadi rebutan antara Harimau dan Garuda


Piala Suzuki AFF menyaksikan kebangkitan skuad kebangsaan mula menunjukkan peningkatan dalam sukan bola sepak. Ini membolehkan nama Malaysia lebih dikenali oleh mata dunia kembali setelah tenggelam selama beberapa dekad lamanya. Skuad hasil bimbingan Rajagopal banyak memperlihatkan kebangkitan Malaysia sehingga melayakkan Malaysia layak ke peringkat akhir dan telah memenangi pertandingan akhir pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil beberapa hari lepas.

Oleh itu, saya sangat berharap yang perlawanan akhir ke-2 kali ini akan berjalan dengan lancar tanpa ada apa2 masalah yang timbul seperti rusuhan, membaling objek ke dalam padang ataupun insiden laser berulang. Saya sangat berharap bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia yang berjanji bahawa tiada masalah yang akan timbul dilaksanakan dengan sebaiknya. Pihak berwajib haruslah memperketatkan kawalan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Walaupun aku ni x berapa minat dengan bola sepak, tetapi aku masih mempunyai semangat patriotik dan akan menyokong pasukan kebangsaan aku. Sememangnya aku mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan kebangsaan aku, tapi kalah menang sudah menjadi lumrah dan adat pertandingan. Semua pihak haruslah terima segala keputusan dan kemungkinan. Ape2pun, aku mendoakan kejayaan kepada pihak kebangsaan aku... Go Go Malaysia!!! Chayok2!! HARIMAU BOLEH!!

alangkah baiknya jika Paul masih hidup...

No comments: