Selepas tu, dia ceritakan pula rawatan yang diberi kepada pesakit kencing manis. Ternyata, penyakit ini masuk boleh diubati. Tp, apa yang dimaklumkan, tidak banyak hospital di Malaysia ini yang boleh merawat penyakit ini dengan begitu berkesan. Majalah 3 td juga menceritakan bahawa rawatan yang ditemui berkesan adalah dengan menggunakan rawatan ulat lalat. Tapi bukan semua jenis lalat boleh digunakan. Hanya spesis tertentu sahaja yang boleh digunakan disamping perlu melalui pelbagai proses bagi memastikan ulat lalat tersebut bebas dari sebarang kuman atau bakteria.
Ulat tersebut akan diletakkan dekat luka pesakit dan dibalut kemas supaya kebersihannya terjamin. Dalam tempoh 48 jam, balutan luka akan dibuka bagi melihat hasilnya.
Jangkamasa rawatan yang diperlukan pesakit bergantung kepada luka yang dialami pesakit. Secara purata, untuk tisu2 membentuk semula mengambil masa sehingga satu bulan, disamping penjagaan rapi dari aspek kebersihan dan pengambilan ubat mengikut jadual yang ditetapkan. Memang geli memikirkan ulat hidup di bahagian badan kita dan memakan segala tisu mati kita..isshh..
Tanpa disangka, makhluk yang dianggap kotor oleh manusia adalah jawapan kepada penyakit kencing manis ini yang juga antara penyakit yang paling tinggi penghidapnya di Malaysia ini. Jadi, bagi kita, fikirkanlah dengan teliti sebelum menilai sesuatu. Setiap makhluk yang dijadikan oleh Tuhan pasti ada fungsinya. Tuhan Maha Mengetahui segala apa yang terjadi. Adios..!!
No comments:
Post a Comment