Tuesday, January 13, 2015

Malukan Diri Sendiri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lega rasanya dapat mengetuk lagi papan kekunci untuk menzahirkan apa yang ingin dikongsi setelah sekian lama berdiam dan tidak mengaktifkan diri dari dunia blogging. Korang camane? Aku harap bebaik je hendaknye...

Aku bukan apa, rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat skit pasal isu skang ni. Banyak sangat aku rasa isu2 yang agak terlampau yang keluar kat media2 skang ni. Sampaikan aku rasa, "Apa kena ngn diorang ni? X reti rasa malu ke?" Isu apa yang aku maksudkan ni sebenarnya?? Hurmm...



Rasanya dengan tengok kat gambar atas ni, semuanya tau apa yang aku maksudkan. Skang ni memang ngah kecoh pasal dua isu ni. Hebat sungguh! Ok, aku just nak utarakan pendapat je. Kita mulakan dengan gambar yang pertama, iaitu pasal kes gegel yang tergedik-gedik nak kena peluk ngn retis kpop. Cettt...

Kamon la gurlzz... Orang Melayu jauh lagi hebat, menarik, charming dan sebagainye berbanding kpop la. Please la... Dah la x sunat... #kbai... I mean, sebenarnya pompuan2 skang ni nak apa dari sorang lelaki?? Protective or just romantic? Or maybe beautiful?? Itu satu hal, yang satu hal lagi, dah kenapa gedik sangat bagi diorang peluk cium korang? On the stage?? Dengan kamera bersepah lagi rakam??? Tanya diri sendiri la...

Proceed kepada isu nombor 2 plak. Pasal penyanyi hebat Alyah dan suaminya Dato' Ramli MS. Alyah, memang one of my favourite singer kat Malaysia ni. Aku sangat suka suara dan intonasi suara dia. Tapi pasal isu ni, aku terpaksa x setuju dengan cara dia. Whatever Dato' Ramli MS, which means her husband buat, dia sebenarnya x boleh siarkan kan laman sosial. Kenapa? Berbalik kepada agama suci kita iaitu Islam. Adalah tugas dan tanggungjawab si isteri untuk menutup keaiban dan kekhilafan suami. Bukan aku yang cakap, memang dan peraturan yang ditetapkan oleh agama. Dalam perhubungan sesebuah rumahtangga, suami dan isteri ada peranan dan tanggungjawab masing2. Nobody's perfect? Ya, memang xde yang sempurna. Sebab itu manusia dijadikan berpasangan supaya saling melengkapi.

Aku tahu dan aku perasan, kita kini selalu mengabaikan agama kita. Perempuan dijadikan dengan 1 akal dan 9 nafsu. Aku tahu itu, bermakna perempuan adalah makhluk yang sering dikuasai oleh nafsu. Ini bermakna, perempuan perlu kuat dan belajar untuk menguasai nafsu. Itulah jihad bagi seorang perempuan. Berbeza dengan lelaki, dibebani dengan tanggungjawab yang besar dan pengemudi sesebuah kapal dalam pelayaran. Bermakna lelaki perlu belajar untuk bijak dalam membuat keputusan. Salah keputusan seorang lelaki/suami, maka salahlah pelayaran yang akan dilalui oleh sesebuah keluarga.

Aku bukanlah ulama, mahupun pendeta yang hebat dan alim. Cuma aku menyeru dan berpesan kepada diri aku dan semua, whatever it is, please put Islam first than others. Semuanya Islam dah bagi garis panduan. Sebab tu Islam dilabelkan sebagai agama yang Syumul yakni menyeluruh/global.

Kesimpulannya, untuk kes 1, mereka2 yang terlibat dalam kes dipeluk/dicium oleh penyanyi kpop tu, segeralah memohon ampun dari Allah dan keluarga, kerana ianya melibatkan maruah diri dan keluarga sendiri. Untuk kes 2 plak, aku memang x berapa setuju dengan tindakan Dato' Ramli MS kahwin lagi satu tanpa berbincang dengan isteri pertama (sekiranya benar) walaupun ianya dikira sah perkahwinan tersebut. Tapi aku lagi x setuju dengan cara Alyah menyiarkan berkenaan hal ini dan menunjukkan rasa tidak puas hati kepada media sosial, seolah-olah menjatuhkan maruah suami sendiri. Apa pun yang si suami buat, media sosial bukanlah tempat yang sesuai dijadikan pilihan untuk meluahkan rasa. Rujuk kepada yang lebih arif, itu yang sebaiknya. Caption 'Hidup Saya Hancur' oleh Alyah seolah-olah tiada pegangan agama. Ingat, Islam membolehkan lelaki berpoligami. Jadi poligami bukanlah penghancur hidup wanita. Rasai dulu nikmat berpoligami sebelum mengeluarkan statement yang boleh merendahkan nilai sesebuah agama. Allah xkan tetapkan peraturan yang boleh merosakkan hamba-Nya. Kita yang selalu merosakkan diri sendiri dengan akal dan nafsu yang pendek dan cetek.

Akhir kata, fikir2kanlah. Aku x kata aku betul sepenuhnya. Betulkan aku jika salah. Aku pun sering berbuat kesalahan dan x lepas dari dosa. Aku pun x cakap aku baik. Cumanya, dalam segi beri nasihat, ianya x terletak untuk segelintir golongan. Semua orang boleh bagi nasihat, sebab pendapat orang berbeza. Bukan semua yang tinggi ilmu, nampak semua khilaf yang diorang lakukan, dan x semua yang rendah darjat dikalangan manusia itu cetek pemikirannya. Jadi, belajar untuk saling menerima pendapat orang dari menambah dosa dengan menjatuhkan dan mengaibkan manusia lain dan merasakan diri kita tu tinggi martabatnya, sebab Allah membezakan martabat hamba-Nya dengan setinggi mana ilmu, iman, amal dan taqwanya. Wallahu'alam...

p/s: hebat mana pun manusia,kalau kentut tu, busuk jugak :p


1 comment:

Tengkubutang said...

yup.. teman sendiri rasa malu tengok diorang macma tu.. =(