Tuesday, November 27, 2012

AFF : Malaysia vs Laos | Masihkah Ada Sinar?

Salam 1 Malaysia. Akhirnye aku meringankan jugak jari jemari untuk meng-updatekan entri di blog picisan ini. Aku pun perasaan, semakin hari semakin kurang readers kat blog aku ni. Mesti sebab aku dah kurang bagi tumpuan kat blog ni. Takpe la, salah aku sendiri...

Sori la eik, kali ini entri tanpa gambar. Sebab ni 1st time aku update blog guna android. X berapa fasih sangat lagi nak guna. Macam yg kita semua tau, Piala Suzuki AFF dah pun mula. Esok adalah perlawanan antara Malaysia vs Laos.

Kalo dilihat dari game2 sblum ni, prestasi Harimau Malaya dirasakan menurun. Ditambah pula dengan pelbagai spekulasi yg telah dikeluarkan oleh 'pengkritik2' berkaliber. Macam2 kesimpulan yang dah dibuat. Kat mana sebenarny silapnya? Kenapa jadi macam ni?

Bermula dgn keputusan seri dgn pasukan yg berada jauh dibawah ranking Malaysia. Perlawanan pertama Malaysia utk AFF, kalah kepada Singapura dengan keputusan 0-3. Seterusnya Malaysia akan menentang Laos pd 28/11/12, pasukan yg mendapat keputusan seri dengan Indonesia. Mampukah Harimau Malaya kembali mengaum??

Aku xnk bg apa2 rumusan dan kesimpulan tentang ini. Sebagai rakyat Malaysia, walau mcm mne buruk sekalipun prestasi pasukan negara x kira la dalam apa2 sukan atau bidang sekalipun, aku masih tetap berbangga dgn semua wakil negara. Kecewa tu memang la kecewa, sbb impian yg diharapkan x kesampaian... Tapi aku tetap menyokong semua atlet2 Malaysia...

Lagi satu yg aku perasan, ramai yg suka keluarkan bahasa2 yg kurang sopan pada pihak lawan mahupun pasukan sendiri. Bagi aku tu x sepatutnya la terjadi. Biarlah org lain nak cakap kita Malingsia atau apa je. Kalo kita balas, mknenye kita sama je taraf mentaliti ngan diorang tu. Adat permainan, ada menang ada kalah. Dan kita juga kena percaya pada rezeki... Kalo kita main bagus macam mne sekalipun, kalo Allah kata ini bukan rezeki kita, kita xkn menang jugak. Jadi seeloknya, berdoalah beramai2 agar dipermudahkan segala urusan... Think positive k... Adios...!!!

No comments: