Monday, June 11, 2012

Kena Dera, Saman Menyaman

Hai sume... Lama dh rsenye blog ni kurang dihapdet dgn apa2 entri olahan ayat dari hati. Chewah...!!! Pepagi ni tetibe meroyan lebih lak.. Hahaha... K, kali ni mcm tertarik ngn tajuk Hot Chat di Hot FM yg berbincang pasal kes dera mendera anak2 ni... Jom kita sama2 bincangkan gak...


Bagi aku, dera tu x salah.. Eh? Mcm mne leh x salah lak? Hahahaha... Mcm ni, dlm konteks mendidik anak2, xde istilah dera sebenarnya. Memukul untuk mendidik dan memukul untuk mendera adalah 2 benda yg jauh berlainan. Kalo kita imbas kembali, pada zaman dahulu x wujud isu pasal dera di kalangan anak2. Malah, anak2 zaman dulu takut untuk meluahkan pada sesiapa sekiranya dipukul oleh cikgu ataupun ibubapa itu sendiri.


Berbeza ngn zaman skang ni yg anak2 lebih atau terlampau manja sehinggakan nak dicubit pun x boleh. Malah ibu bapa boleh didakwa atas alasan mendera. Aiyoo... Apa dah jadi ni? Xkan la nk dakwa mak bapak sendiri kot? Benanrlah kata segelintir org, anak2 zaman sekarang ni x sedar diuntung. Tu pasal la gejala x sihat makin menjadi-jadi sehingga susah giler nk dibendung. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya", kalo sume paham maksud pepatah ni dan praktikkan, aku rse mslh2 yg x sihat akan dpt dikurangkan...

Anak2 adalah amanah yg dikurniakan oleh Allah kepada setiap ibu dan bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menjaga dan mendidik dengan sebaik mungkin. Setiap org mempunyai cara pemikiran yg berbeza, jd kita sebagai anak, terimalah dengan sebaiknya segala yg dibuat oleh ibu dan bapa kita. Kadang2 aku terfikir gak, kenapa keluarga2 mat saleh ada hubungan kekeluargaan yg lebih erat berbanding dgn org2 kita ni? Padahal, org2 timur dikatakan lebih bersopan dan berbudi bahasa...


Mmg kebanyakan mat saleh kt luar sana tu bukanlah seagama dengan kita. Tapi kita bukannya ambil amalan yg diamalkan dlm agama mereka. Kita cuma tiru cara hidup mereka dlm konsep kekeluargaan. Mereka lebih menjadikan hubungan antara ibu bapa dan anak seperti rakan. Memang x dinafikan, remaja kini lebih mendengar kata2 dari rakan2 berbanding ibubapa sendiri. Jd, kalo kita nk pengaruh pemikiran anak kita untuk menerima cara kita, jadikan mereka seperti rakan kita sndiri. Tapi jgnlah smpi melampaui batas antara anak dan ibubapa.

Terpulanglah pada semua samada untuk menerima atau tidak pandangan yg aku zahirkan ni. Masing2 ada hak masing2 untuk berfikir. Ni hanyalah pandangan aku sbg seorang yg memerhati dunia sekeliling aku. Kalo korang ada pendapat yg lebih baik, jom kita kongsikan sekali. Mana tau ianya akan dapat membina generasi yg lebih berguna dan beretika... Renung2kanlah... Adios...!!!

KALAU ADA MASALAH PENDERAAN DI TEMPAT ANDA;



2 comments:

bukankosong said...

dera manja xpe

tp niat untuk mendidik

kan kalau asyik bg muka, naik kepala plak ...huh!

Unknown said...

betul lah, di pikir balik..bdak2 sekarang makin menjadi - jadi