Sunday, February 26, 2012

Kasih Sayang

Bnda ni sebenarnye susah utk di tafsirkan. Memandangkan ianya berkisarkan tentang hati dan perasaan. Lain org, lain cara mentafsirkan kasih dan sayang ni. Byk bnda kita kena pertimbangkan untuk kita meluahkan perasaan kasih sayang kita. Kerana kalo kita silap langkah, mungkin kita akan menderita...


Kadang2 memang kita xkn perasan yg kita sayang kat seseorang tu. Benda ni dtg dgn x sengaja. Tanpa ada apa2 amaran ataupun notification. Susah nk kawal kalo perasaan ni dh dtg melekat dalam hati kita. Tapi, bukan semestinya kita kena luahkan semuanya. Pernah x korang jatuh cinta kat seseorang, walaupun dh tau org tu dh berpunya? Aku pasti, ada yg dh rasa situasi mcm ni.


Jgn kita slhkan diri kita sbb jatuh hati kt org tu, sbb perasaan memang sesuatu yg sukar utk dikawal. Tapi itu x bermakna kita kena luahkan kt org tu secara direct. Byk benda yg kita leh buat utk menunjukkan yg kita sayang dgn org tu. Contohnya amik berat, atau teman dia bila dia memerlukan kita. Jadilah pendengar yg setia, kerana kebiasaannya, mereka yg menjadi pendengar yg setia ni mesti disenangi oleh kebanyakan org.


Sayang kepada seseorang, x bermakna kita kena memiliki org tu. Kalo kita sayang org tu, kita sepatutnya buat apa sje utk kebahagiaan dia. Kalo dia bahagia ngn pilihan hati dia, kita rela kan dia. Ingatlah, senyuman kegembiraan dan kebahagiaan org yg kita sayang itu lebih bermakna daripada kita memiliki dia tapi dia memendam rasa dan bermuram durja. BTW, sayang yg lebih penting adalah sayang dan cinta kepada Allah, Sang Maha Pencipta. Kerana dialah cinta kita yg abadi... Adios...!!!


3 comments:

Anonymous said...

pernah >_<" haha

tp diamkan je..
dah berpunye kot.. just hepy tgk org tu dgn awek dia.

btw, ayat yg last tu kena highlight =) cinta abadi ..

Unknown said...

amboi,dah ada yang berkenan ke

MEGAT ISKANDAR ZULKARNAIN said...

"cinta x kan wujud kalau tiada yang meminta..dan juga tidak akan wujud jika tiada yang memberi.."