Tuesday, December 6, 2011

Janganlah Buat Keje Merepek

Rasanye, arini semalam kecoh sampai ke harini pasal panggilan palsu yg dibuat oleh sorang manusia gila yg membuat panggilan bom palsu semata-mata nk menghalang kekasih dia pergi ke KL. Hurmm.. Ape la nk jd ngan mental kebanyakan masyarakat kt Malaysia ni..?? Makin xde otak ke...??

Ni petikan akhbar mengenai kes ni...

IPOH – Siasatan polis terhadap kes panggilan bom palsu hingga menyusahkan 1,200 pengguna kereta api dari Tapah Road ke Tanjung Malim Khamis lalu hampir terungkai dengan tertangkapnya seorang lelaki yang disyaki berbuat demikian semata-mata hendak menghalang kekasihnya pergi ke Kuala Lumpur.
 Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 6.10 petang di Teluk Intan Sabtu lalu selepas polis mengenal pasti identitinya. Suspek yang merupakan jurujual di sebuah syarikat jualan langsung membuat panggilan dengan telefon bimbit.
Suspek berbuat demikian untuk menghalang kekasihnya yang juga bekerja di situ untuk pergi berkursus di Kuala Lumpur. Difahamkan, dia cemburu kerana bimbang jika kekasihnya terpaut hati terhadap seorang rakan sekerja mereka yang turut mengikuti kursus itu. Pasangan itu juga dikatakan sering bergaduh tetapi berbaik semula selepas keadaan reda. -sumber

Adoyai... X ke menyusahkan ramai orang...?? Orang lain pun bercinta gak, tp xde la smpi mcm ni skali. Ingat bnda2 mcm ni leh wat main2 ke..??  Kalo nk mati ke, hape ke, jgn lah nk libatkan org lain. Ni baru bercinta, kalo bini mtk cerai nnti, ntah ape lak yg dia nk wat... Jd la org yg rasional dan normal.

Kalo bercinta tu, x payah la beriye sgt, nangis teriak2, berkepit 24/7, mcm xde benda lain nk wat. Jmp ari2, kt umh asyik duk msg je... Ishh...x bosan ke...?? Pelik aku... PELIK....!!! Adios...!!!


No comments: