Monday, November 21, 2011

Yeay...!!!! Harimau Muda Terbaik...!!!

 HARIMAU MUDA vs GARUDA MUDA

TL aku memang sgt meriah. Sgt laju org tweet semasa perlawanan tadi. Memang ni antara game di Sukan SEA yg sgt2 dinantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia apabila skuad Harimau Muda menunjukkan prestasi yg sgt memberansangkan sejak akhir2 ni. Skuad kendalian Ong Kim Swee ternyata mampu utk menggalas tanggungjawab yg diamanahkan bg memperlihatkan kehebatan skuad Harimau Muda di mata antarabangsa...

Memang agak membuatkan rakyat Malaysia sedikit gentar pabila skuad Garuda Muda membuka tirai perlawanan dgn gol pertama pada minit ke-5 perlawanan hasil jaringan dari Gunawan Dwi Cahyo. Namun begitu, skuad Harimau Muda terus mencari rentak permainan dan terus mengasak. Akhirnya, jurang gol berjaya dirapatkan apabila Asraruddin Putra Omar berjaya menjaringkan gol pada minit ke-35. First half berakhir dengan keputusan seri 1 sama...

 Asraruddin Putra Omar vs Gunawan Dwi Cahyo

Pusingan kedua bermula.. Asakan demi asakan dilakukan demi mendapatkan gol. Banyak peluang yg skuad harimau Muda dpt, tp mungkin nasib x menyebelahi. Fakri mendapat byk peluang, tp kelihatan seperti disia-siakan. Perlawanan bersambung ke masa tambahan. Indonesia berjaya menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana offside. Begitu juga cubaan oleh Fakri, yg juga offside. 15 minit masa tambahan, masih xde gol mampu dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.

Hero #HarimauMuda kali ni
*********
 Keputusan Perlawanan
MAS [1] vs INA [1]

Keputusan Masa Tambahan
MAS [0] vs INA [0]

Keputusan Sepakan Penalti
MAS [4] vs INA [3]

Keputusan Penuh Perlawanan
MAS [5] vs [4]

**********

Antara Tweets yg aku sempat printscreen semasa berlangsungnya perlawanan;

#Beri Semangat

**********
#Persamaan

**********
#Sorakan

 
*********
Akhirnya aku xleh nk tweet dh sebab dh overlimit... Hurmm...
 
**********
Tapi, ada gak yg sembang bnda lain.. Terutamanya pompuan2.. Nak tau..??
Aku sje je x blur kan, biarkan org tau.. Muaahahaha...

 
**********
Ni la game bola paling lama yg penah aku tgk... Tensen, marah, nebes.. Sume ada... Papepun, kita doakan je moga skuad Harimau Muda akan terus memperbaiki mutu permainan agar sinar bola sepak negara menyinar semula seperti sebelum ni... Adios...!!!







2 comments:

sab said...

caaaiiitttt! hahaha..yg si nisa kay punye tk nk lak printscreen! kehkehkeh

[k]o{q}i[n] said...

nisa kay pnuye nasib baik je.. x kuar kat TL...huhuhu