Sunday, July 17, 2011

Senario di Graduan Aspire 2011

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, pada 16-17 Julai 2011, berlangsungnya majlis Graduan Aspire 2011 yang bertempat di KL Convention Center. Ramai graduan datang berkumpul di sini bagi mengikuti pelbagai program yang telah dirangka oleh pihak penganjur.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti talk and conference dengan top CEO di Malaysia seperti CEO Axiata, PwC, Tune Talk dan pelbagai lagi. Selama 2 hari program ini berlangsung, pelbagai maklumat boleh kita dapati. Dalam pada masa yang sama juga, kepada sesiapa yang masih mencari kerja, boleh juga menghantar resume di booth2 syarikat yang mereka dengan harapan mereka mengambil kerja.


Sekarang ni pun aku masih lagi berada di Graduan Aspire ni, dan sedang menunggu Talk bersama beautiful nara, dan juga beberapa panel lagi. Sedang mendengar abg Nara berbicara mengeluarkan hujah2 beliau mengenai dunia blog. "Blog Sebagai Kerjaya" adalah tajuk yang dibentangkan oleh abg Nara. Rugi bagi sesapa yang x dtg. Pelbagai info yang boleh korang dapat.


Lepas ni kitorang nak dengar cara2 menggunakan iPhone4 untuk mengambil video yang akan disampaikan oleh owner Bapak Aku Punya Studio iaitu Mat Jepp, seorang produser tv. Aku rasa sangat bertuah sebab dapat semua info yang berguna. Di samping itu juga, kami dihiburkan oleh pelajar2 dari Aswara dengan menunjukkan kemahiran dan kebolehan mereka bermain alat muzik. K la, nnti kalo ada lagi info menarik sepanjang majlis ni, aku update lagi k.. Nak fokus kepada talk ni... huhuuu... Adios...!!!

p/s: jgn lupa nantikan vlog sempena program Graduan Aspire 2011 ini k...

3 comments:

Afsar said...

Maaf, tak dapat join..Mmg ader dkat KLCC tadi, tapi untuk perkara lain..

sorry bro~

Unknown said...

besnye..
bleh dpt mcm2 info ea..

::FAIZ:: said...

hebat