Thursday, May 19, 2011

Termanggu Seketika


Hai sume... Kali ni aku nak citer kan berkenaan KAWAN. Pagi2 arini, mcm biasa la aku akan dengar Hot fm semasa on the way ke ofis dan juga di ofis. Pagi ni topik yang diorang bincangkan adalah berkenaan kawan. Aku termenung seketika kerana aku agak terusik dengan topik yang dibincangkan. Aku bukan ape, cuma teringat kepada seorang membe aku ni.

Sape yang aku maksudkan, aku xnk la mention kat sini. Biar aku ngan Allah je yang tahu, dan berkemungkinan besar empunya diri tu tau yang aku sedang bercerita mengenainya. Aku gelarkan member aku ni sebagai A je la eik, senang.. Aku ngan si A ni, kalo nak diikutkan baru je kenal. Tapi aku sgt senang bergaul dengan dia dan leh tau mcm2 pasal dia ni. Frankly speaking, aku leh tau background hidup A ni tanpa dia menceritakan dengan lebih lanjut. Aku x tau la, mungkin itu kelebihan yang diberikan-Nya kepada aku di mana aku boleh detect keadaan hidup seseorang sebelum aku kenal diorang.


Sebenarnya, aku agak tersentuh dengan ketabahan si A ni. Dia sgt cekal walaupun pelbagai dugaan telah dia alami. Bagi aku, dugaan yang dia alami tu, cukup berat dan aku pun x pasti kalo aku boleh menghadapinya atau x. Mungkin dia malu untuk menceritakan masalah yang dihadapi kepada sesiapa pun. Tapi percayalah, itulah gunanya kawan2 yang ada disekeliling. Tempat untuk mengadu dan berkongsi setelah duduk berjauhan dari keluarga. Aku sentiasa terbuka untuk menerima segala aduan dan akan cuba untuk mendengar dan menyelesaikan segala masalah bersama-sama.

Bagi aku, ianya sedikit sebanyak memberi aku dorongan dan sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Allah itu Maha Adil. Segala yang diturunkan, ada sebab musabab dan hikmahnya. Sesiapa yang menerima musibah, janganlah cepat mengeluh. Kita perlu merenung kembali ke dalam diri kita, mungkin itu peringatan yang diberikan dek kerana kita alpa dan mengabaikan-Nya dan suruhan-Nya. Segala musibah itu juga menandakan yang Dia ingat ke atas diri kita.

Kepada si A, aku doakan ko sentiasa bersabar dlm menempuh liku2 hidup. Memang x dinafikan, aku sangat admire dgn ketabahan ko. Aku sentiasa ada kalo ko nak apa2 pertolongan dari aku. Ko bebas untuk menceritakan segala masalah ko kepada aku. Aku akan cuba untuk menghulurkan pertolongan sekadar yang aku mampu. Cuma aku igtkan ko satu perkara, Allah sentiasa ada dengan kita. Mintalah pertolongan-Nya kerana Dia Maha Berkuasa. Insyaallah, ko akan menemui kebahagiaan. Mungkin sekarang ko susah, tapi kita xtau apa yang akan jadi pada masa hadapan. Mungkin Allah dan bagi ko kesenangan di kemudian hari. I'll pray for your happiness... Ko pun berhak untuk merasa kebahagiaan. Adios..!!!

p/s; jadilah sahabat yang membantu dan membina, bukan menjatuhkan dan mengaibkan


25 comments:

the garang said...

semoga dia tabah :D

[k]o{q}i[n] said...

hopefully...

muhammadnuraizudidn said...

amboi2..sempat lagi tulis entry kat ofis..hahaha..

moga si A tabah.. hidup perlu diteruskan walaupun perbagai rintangan yang melanda. Allah menguji seseorang kerana Allah tahu tahap kecekalan yang ada di dirinya.

terberceloteh la pulak.. okbai.

Nisa Kay said...

tersentuh aku baca kisah nih, hope kwn ko tabah ek...

and aku tersentuh gak dgn ayat ko last sekali
"p/s; jadilah sahabat yang membantu dan membina, bukan menjatuhkan dan mengaibkan"

hmmmm terasa diri aku bodoh sbb xnmpk selama ni maruah aku dipijak2, dijaja2 dgn hinanya oleh org yg aku anggap sgt baik dgn aku.

moga Allah beri petunjuk kpd kita semua. amin..

[k]o{q}i[n] said...

@din, aku tibe2 terdetik nk tulis psl ni. sbb aku sgt sensitif bab2 mcm ni..

@nisa, kita boleh kawan ngan sume org, tapi kita xleh bersahabat ngan sume skali. berhati2 dlm memilih sahabat...

Encik Suami said...

Assalamualaikum...
sebelum komen..nak tnye dulu.Si A tue lelaki ker perempuan?

mgkn benar dia tanak kita sbg kawan tau masalah dia.sbb dia tanak kita rase terbeban dgn masalah yg dia ada n tanak libatkan kita secara langsung.

tapi..jika anda punya pendekatan yg baik..mgkn anda boleh menjerat dia n dia terdorong utk menceritakan masalah yg terpendam tanpa paksaan.

keterbukaan dan kepercayaan dlm persahabatan adalah sgt penting. Maybe dia tak bersedia nak bercerita.

Cume sbg kawan..anda kene perhatikan dia agar dia tak melalukan sesuatu yg buruk utk membebaskan diri dia dari sesuatu masalah.

hek eleh..abg nie mcm bagus jerk nak bagi nasehat kat org kan? padahal..sendiri punya masalah pun kdg2 tak settle.

[k]o{q}i[n] said...

@en suami, dia lelaki... sentiasa perhatikan dia, selagi termampu.. jgn risau.. i love my frens

Encik Suami said...

Bagus..begitulah hendaknye.Kipidap.
Persahabatan nie maksudnye meluas.
Beruntung Si A kerana mempunyai sahabat yg berhati mulia seperti anda.Semoga hidup anda dirahmati oleh Allah SWT.
Insya-Allah.

Unknown said...

hope so dia tabah hadapi hidup yg pelbagai dugaan nieh
touch entry bro

::FAIZ:: said...

Semoga Tuhan Lindunggi dia

[k]o{q}i[n] said...

@en suami, saya bukanlah seorang yang baik sgt, tapi x snggup tgk membe sndri susah. apatah lagi membe rapat.

@akmal, huhu...thankz for ur words

@faiz, amin...

hawiz said...

semoga dier tabah dan dilindungi hendaknyer..

sab said...

sab tak sangka anda boleh menaip entri sebegini.. terbaik! ailaik! :)

[k]o{q}i[n] said...

@hawiz, thankz bro...amin

@sab, papa ajar...hahaha

KyêrulL said...

semoga Aizuddin tabah!! eyh silap silap semoga dia tabah..

Encik Suami said...

kyerull pecah lubang.
Aizuddin ker nama kwn tue.sbb muez pun gelarkan dia Si A?

[k]o{q}i[n] said...

eeh...bukan2.. bukan aizuddin. Harap maklum...

~Kirin Selama Perak~ said...

semoga dia dapat hadapi semua dugaan yang diterima.
:)

ahmad jer said...

wahh! terharu beb! semoga si A tabah la. dan kau pun sama, semoga kau tabah jugak...

Pink Frogy said...

kdg2 penyalaman dan perjalan hidup org lain boleh mematangkan kita.. aku dulu ada mmber yang sgt tabsh., terlalu byk dugaan dia terpaksa tanggung dari kecik, tapi tiba2 cara pemikiran aku berubah mendadak, kenara dia.

Tahniah pada dia dan A coz dpt hadapi hidup nie.

[k]o{q}i[n] said...

@KSP, hopefully, thanks anyway..

@AJ, thanks AJ...

@PF, yup, mmg betul tu..sama la ngan aku. semua tu merupakan pengalaman yg sgt x ternilai...

sYafIk-wAy said...

bahagia selamanya ;

Encik Bedak Sejuk said...

wohoho... aku nmpak ko tag aku kt fb, thanks bro... harap beliau tabah menjalani hidup yang penuh pancaroba ni.

Allah takkan uji lebih dari kemampuan hamba-Nya...

Chill babe... ! ^^

[k]o{q}i[n] said...

@syafik, selamanya...

@EBS, haha..sje kaco ko.. btw, thanks for ur words..

NuReLLe said...

like nota kaki ko..sbb susah nak dpt kwn mcm tu skrg..ermm..:)