adopted from blurt it
Kali ini aku nak sembang pasal blog lak. Yela, takut gak kalo2 ade yang xtau ape itu blog. Harap je ada blog, traffic tinggi, entri bersepah-sepah, tapi xtau apa itu blog. Huhu.. (jgn mrh k kalo ade yg terasa).. Seperti yang korang baca kt atas tu, blog adalah diari persendirian atas talian yang membolehkan korang kongsi ngan org ramai berkaitan apa2 aje, samada idea, pandangan atau pengalaman korang.
Sama la ngan aku gak, blog aku ni berbentuk personal. Apa aje yang ada dlm blog aku ni, dtg nya dari kotak fikiran aku sendiri. Kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku berkenaan diri aku sendiri dan di sekeliling aku. Kalo ada entri yang bersangkut paut ngan sesapa, dan korang x suka, leh bgtau kat aku dan aku akan remove entri tersebut.
Banyak kelebihan berblogging ni. Sesapa yang blogging, tau la ape kelebihannya. Blog bukan sahaja untuk meluahkan pendapat, idea dan pengalaman kepada pembaca, tetapi juga untuk menambah kawan2, berkongsi pendapat, mempelajari sesuatu yang baru dan pelbagai lagi. Di samping itu, kita juga boleh melihat samada kita ni diterima oleh orang lain atau x. Sume ni berdasarkan dari blog korang sendiri, samada dari segi penyusunan gadgets, penulisan, dan cara korang menyampaikannya.
Tapi korang kne tau gak bahawa terdapat juga kekurangan blog ni. Ini semua berdasarkan pemikiran individu itu sendiri. Blog boleh dijadikan medium untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang. Blog juga boleh digunakan untuk menyebarkan sesuatu yang boleh merosakkan minda seseorang terutamanya golongan muda. Ini semua bergantung kepada pembaca itu sendiri samada ingin mendekatkan diri atau menjauhkan diri dari itu semua.
Jadi, kepada semua, jadikan blog anda sebagai satu medium untuk mendidik dan berkongsi perkara atau ilmu yang bermanfaat yang memberi faedah kepada pembaca agar ia boleh menjadi pedoman kepada semua. Berbuat baik akan menjadikan kita lebih dihormati dan percayalah, kita pasti akan mendapat keredhaan dari-Nya. Apa pun niat dan perbuatan kita, semuanya adalah dilakukan hanya kerana-Nya.. Adios..!!
2 comments:
Berblog untuk cari Jodoh... Boleh? hehehehee
boleh je...apa salahnya..
Post a Comment