Monday, January 10, 2011

berakhir sudah

Akhirnya Anugerah Juara Lagu ke-25 dah pun melabuhkan tirainya.. Kepada semua 14 lagu yang bertanding, persembahan yang ditunjukkan memang superb dan bertarafkan internasional. Semua finalis nampaknya bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik bkn sahaja utk memenangi pertandingan, tetapi utk memberikan kepuasan kepada semua peminat mereka dan membuktikan kehebatan mereka beraksi secara langsung..

Persembahan pembukaan yang dipersembahkan oleh bekas2 juara AJL terdahulu membolehkan semua penonton mengimbau kembali perubahan zaman dalam industri muzik di negara ini. Berikut adalah keputusan pertandingan pada malam tadi;

Persembahan terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Tempat ketiga : Hafiz - Noktah Cinta

Tempat kedua : Meet Uncle Hussain & Black - Drama King

Juara AJL 25 : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


Segala keputusan juri pada malam itu langsung aku x bangkang. Ana Raffali memang layak utk terima anugerah tersebut. She was fabolous..!!

No comments: