Thursday, December 30, 2010

..akhirnya..

Harimau Baham Garuda


Statement yang aku rasa sangat tepat untuk keputusan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF mlm td.. Skuad Malaysia telah menunjukkan kebolehan sebenar mereka setelah mengalahkan skuad Indonesia dengan agregat 4-2. Ini membolehkan skuad Malaysia lebih dikenali di mata dunia.


Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gol Malaysia telah melakukan tugas dengan baik sekali. He is superb. Tangkapan yang dilakukan begitu kemas dan yang paling penting, dia sangat berani. Walaupun Fahmi antara pemain yang terkecil dalam skuad, tp dia mampu membuktikan bahawa saiz tubuh badan tidak langsung menjadi penghalang untuk dia menunjukkan aksi yang sangat hebat. Walaupun 2 gol telah bolos, itu tidak langsung mencalarkan prestasi beliau. Bagi aku, Fahmi memang hebat.


Safee Sali membuktikan beliau adalah penyerang yang sangat garang dipadang. Menjadi penjaring terbanyak, Safee Sali menjadikan itu sebagai pembakar semangat untuk menjaringkan lebih lagi di masa hadapan. Sehubungan dengan itu, menjulang Malaysia sebagai JUARA Piala Suzuki AFF yang baru. yang membolehkan kemarau Malaysia selama 14 tahun itu berakhir.


Kita telah membuktikan bahawa Malaysia juga mampu memberi saingan yang sangat hebat kepada skuad yang lain. Keberanian K. Rajagopal menurunkan pemain2 muda bagi mewakili negara patut dipuji. Nyata keputusan yang dibuat berbaloi dan membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Tahniah juga kepada Rajagopal kerana telah membimbing skuad Malaysia dengan baik sekali.

Walaupun begitu, aku sangat berharap bahawa skuad Malaysia tidak terlalu leka dengan kemenangan yang dikecapi dan menjadikan kemenangan itu sebagai pemangkin untuk memberikan yang lebih baik pada masa depan. Aku juga berharap bahawa skuad Malaysia mampu melayakkan diri ke World Cup pada masa hadapan. Sekiranya itu terjadi, rakyat Malaysia sangatlah berbangga dan akan terus menyokong skuad kebangsaan.



No comments: