Tuesday, November 23, 2010

kembali tenang

Hmm.. 4 hari aku cuti. Akhirnya hari ni aku kembali bertugas. Aku mahu memulakan kesemuanya kembali. Aku mahu melupakan segala masalah yang dah aku lalui. Aku mahu menjadikan hari2 yang mendatang lebih bermakna dalam hidup aku.

Cukuplah dengan apa yang aku dah lalui sebelum ni. Aku mesti lebih berfikiran positif dan maju ke hadapan. Masalah xkan habis selagi kita hidup. So, aku dh malas nk amik kisah sgt pasal sume tu dah.


Ape yang akan berlaku akan datang, akan aku cuba hadapi dengan tenang. Itu pun kalo xde orang yang cuba mengusutkan pale otak aku dan memburukkan keadaan. Aku akan cuba menjadi lebih matang dan tidak bertindak mengikut perasaan.

Semoga apa yang aku dah belajar dari sumber2 bacaan aku mengenai pengawalan emosi dan kendiri dapat aku praktikkan dalam hidup aku. Kaedah pengawalan stress akan aku lebih amik beratkan. Semoga Allah sentiasa bersamaku dan membimbingku ke jalan yang lebih diredhai-Mu. Amin..

No comments: